“Sedang rancang dapatkan anak” Elizabeth Tan

2,682 views

Lahir pada tahun 1993, penyanyi dan pelakon terkenal Elizabeth Tan akan melangkah ke umur 30 tahun pada tahun depan.

Sejajar dengan umur yang semakin meningkat, Elizabeth Tan memberitahu dia akan tampil sebagai seorang lebih matang dan ini termasuklah dari segi penampilan dan juga karya seninya.

Bagi Elizabeth Tan, di umur 30 tahun ini, masa untuk perubahan dah tiba.

Elizabeth Tan yang sering disapa dengan nama Lizzy, juga mengatakan, dia dan suami juga sedang cuba untuk mendapatkan anak sulung mereka.

“Saya dah nak masuk ke umur 30 pada tahun depan. Saya pun dah berkahwin dan kini sedang merancang untuk mendapatkan anak pertama kami.”

“Sekarang ni saya bukan lagi berumur 21 tahun. Jadi rasanya dah tak sesuai untuk saya terjoget-joget. Macam tak kena pula.”

“Rasanya saya dah kenalah sedar dan tak boleh nak menipu diri saya ni. Nanti orang ramai akan terus menilai dan ianya akan turut memberi kesan kepada engagement saya dengan para peminat.”

Katanya kepada Utusan, antara perubahan yang mahu dibuat oleh Elizabeth ialah dia akan sedikit demi sedkit membawa imej yang lebih selesa, tiada lagi imej terdedah. Lizzy juga akan membawa lagu bergenre santai dan lebih tenang saja.

“Saya ada tiga lagu baru, tiga single. Semuanya akan keluar pada pada tahun ini. Ketiga-tiga lagu itu dalam Bahasa Melayu.”

“Satu lagu akan dikeluarkan pada bulan Jun. Lagu itu seakan-akan lagu saya sebelum ini, berjudul Semua Sudah. Kemudian ada dua lagi lagu yang akan menyusul selepas itu. Kali ini kedua-dua lagu berentak lebih santai.”

“Dah lapan tahun saya dalam industri. Genre lagu saya kenalah ada perubahan. Saya ni masih orang yang sama. Cuma jenis muzik akan sedikit berbeza.”

Jelas Elizabeth Tan, dia juga akan meninggalkan Warner Music untuk lebih banyak berlakn selepas ini.

“Saya harus buat keputusan untuk kembangkan kerjaya saya sebagai pelakon. Syarikat Warner Music dah setuju untuk melepaskan saya. Namun begitu saya kena keluarkan tiga lagu tersebut sebelum melangkah keluar.”

Semoga sukses buat Elizabeth Tan.