Ubai tipu Shila Amzah sehari sebelum tunang, ingatkan pergi kerja

4,029 views

Kisah di antara penyanyi terkenal, Shila Amzah dan tunangnya iaitu pengacara, Ubai seringkali mendapat perhatian ramai. 

Semalam, Ubai dan Shila Amzah mengimbas kembali detik sejarah, di saat Ubai melamarkan untuk menjadikan Shila sebagai permaisuri hati. 

Kedua dua mereka telah muatnaik video yang menunjukkan bagaimana Ubai, 25 tahun, melamar Shila Amzah, 33 tahun. 

Shila Amzah dan Ubai telah bertunang minggu lalu pada tarikh 27 Mei 2023. 

Jelas Shila Amzah, Ubai hanya telah membuat lamaran itu hanya sehari sebelum mereka bertunang. 

Itu memang satu kejutan yang tak disangka dari Ubai kepada Shila.  

Memang penyanyi ini tak tahu langsung tentang tindakan Ubai yang akan melamarkan sedemikian. 

Pada hari berkenaan, Ubai meminta Shila Amzah untuk temaninya membuat satu kerja di Sunway Lagoon.  

Ini cerita dari Shila Amzah

“Ubai sebenarnya melamar saya sehari sebelum hari pertunangan tu.” 

“Nak tahu tak, masa tu, dia cakap kat saya, yang dia ada klien di Sunway untuk buat satu kerja review. Ubai kata kalau ada orang cakap Bahasa Cina dengannya macam mana nanti. Jadi memang dia kena bawa saya.”  

“Masa tu dia siap berpesan kat saya, suruh saya pakai yang cantik-cantik, saya kena pakai macam perempuan. Yelah, sebab saya ni kan jenis yang selalu pakai seluar kargo dengan t-shirt saja.” 

“Dahlah kami sedang sibuk buat persiapan last minit nak tunang, tiba-tiba malam sebelum majlis tunang dia ajak pula saya ke Sunway, untuk kerja.”  

“Rupanya dia nak lamar saya sebab sebelum nak bertunang kena melamar dulu sebenarnya.” 

Melihat Ubai beriya ajak, Shila pun pergi bersama untuk temani Ubai membuat kerja review tersebut.  

“Kami tengah usaha untuk cari duit nak kahwin, jadi saya pun temanilah dia.” 

“Sampai saja di sana konon-konon nak buat content dengan pihak Sunway, masa tu siap ada jurugambar, dan juruvideo. Saya memang tak ada suspek apapun.” 

“Sebab yelah, memang kerja kami berdua ni banyak melibatkan ambil gambar dan juga ambil video.”  

“Tapi yang bezanya, bila dia suruh saya jadi maca gadis ayu, tu permintaan yang luar biasalah.”  

Itulah sedikit cerita dari Shila Amzah tentang lamaran romantik dari Ubai