Ucapan Farah Lee buat bekas suami, Ally Iskandar

23,744 views

Farah Lee dah pun selamat menamatkan zaman bujangnya setelah mengahwini seorang jejaka bernaam Fuad baru-baru ini. 

Kalau sebut saja nama Farah Lee, sudah tentu ramai yang mengetahui bahawa wanita ini merupakan bekas isteri kepada figura yang terkenal iaitu pengacara Ally Iskandar. 

Sehingga kini ramai juga yang tertanya bagaimana agaknya hubungan di antara mereka berdua ini. 

Sepanjang perkahwinan, Farah Lee dan Ally Iskandar dikurniakan seorang cahaya mata iaitu anak perempuan bernama Maream. Comel dan juga bijak budak ni. 

Memiliki anak bersama, dah tentu hubungan mereka berdua ini baik-baik saja walaupun sudah memilih haluan yang berbeza, bawa haluan masing-masing. 

Hubungan yang baik di antara mereka ini jelas terbukti apabila Farah Lee ada menulis satu ucapan kepada bekas suaminya itu. 

Farah Lee telah memberi ucapan selamat maju jaya kepada Ally Iskandar. 

Ucapan ini ditulis oleh Farah di ruang media Ally Iskandar. 

Ini setelah Ally Iskandar mengumumkan akan kembali mengajar dan bergelar seorang cikgu selepas ini. 

“All the best buat daddy.” Tulis Farah Lee ringkas kepada Ally Iskandar. 

Walaupun ringkas, rata-rata warga maya memuji Farah kerana masih memberi kata-kata yang baik kepada bekas suami. 

Komen berkenaan telah menerima lebih 800 tanda suka dari orang ramai. 

Dari berita berkenaan, Ally Iskandar akan kembali menjadi tenaga pengajar setelah berkecimpung lama dalam dunia penyiaran sebagai pengacara. 

Ally Iskandar sebelum ini memang merupakan seorang guru atau pensyarah, dan pernah berkhidmat di beberapa sekolah dan juga kolej. 

Pada awal tahun 2023, Farah Lee juga ada muatnaik foto bersama.

Pengacara ini juga dah pun berkahwin dengan isteri baru bernama Marlina. Mereka juga dah pun dikurniakan cahaya mata. 

Itulah sedikit perkembangan Farah Lee dan juga Ally Iskandar.