(Video) Nabil menangis, sebak dengar cerita dari Ebby Yus tentang rumah hanyut

16,249 views

Memang sayu apabila melihat kesan yang dibawa oleh banjir kepada mereka yang terkena dan terlibat. Sehinggakan ada yang kehilangan orang tersayang dan juga harta benda.

Ada juga yang hilang tempat berteduh kerana rumah hanyut di bawa oleh air banjir yang deras dan ada yang kerugian ribuan Ringgit akibat pelbagai kerosakkan yang dialami.

Antara yang terkesan dengan banjir ialah pelawak Ebby Yus apabila rumah yang sedang dalam pembinaan hanyut dibawa air banjir.

Habis semuanya, musnah dalam sekelip mata. Rumah yang hampir siap ini, hilang begitu saja.

Melalui satu temubual di rancangan MeleTop, Ebby Yus tampil menceritakan detik ketika rumahnya dihanyutkan air banjir.

Kisah yang diceritakan oleh Ebby Yus membuatkan dua pengacara MeleTop, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, tak dapat nak tahan sebak lagi lantas mengalirkan air matanya.

“Saya terima call, saya tahu ada yang tak kena, saya dengar orang yang telefon itu menangis, dia kata rumah abang dah tak ada.”

“Apa yang saya boleh buat. Rumah dah tak ada. Allah dah bagi saya takat tu saja.”

“Kita doakan Allah akan bagi satu mahligai buat Ebby Yus kat syurga sebab abang bersabar dengan ujian seperti itu. Empat tahun abang bina rumah, kini hanyut.” Kata Nabil Ahmad.

Saya cuba untuk tak mengalirkan air mata. Tapi yang jadi saya mengalirkan air mata sebab tengok orang lain. yang lebih dahsyat terkesan.” Kata dari Ebby Yus semula.

“Memang saya dah biasa dengan ujian, Allah uji saya dengan sakit, sampai dua tahun. Saya tetap bersyukur sebab Allah masih lagi beri saya peluang untuk bernafas untuk saya teruskan hidup.”

Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sememang teramat sayu mendengar kata-kata dari Ebby Yus, lantas mereka terus mengalirkan air mata.

Salah satu ayat yang diingati dari Ebby Yus ialah ayat ini: “Rumah orang lumpur masuk, orang bersihkan, rumah saya, masuk lumpur, tak tahu nak bersihkan apa dah.

Ebby Yus turut berkata dia menjadi kuat sebab Allah dan juga ada adik beradik, keluarga serta rakan-rakan yang menyokongnya dan cepat memberi kata-kata semangat.

“Saya mungkin tak kuat, tapi ada rakan-rakan dan adik beradik yang sokong, saya tumpang jadi kuat.”

Ini video temubual Ebby Yus di rancangan MeleTop.

Semoga Ebby Yus akan terus tabah dan cekal dengan ujian ini. Harapnya selepas ini akan menerima ganjaran yang lebih hebat.