Sebaik saja selamat diijabkabulkan, Uyaina dan suaminya Raja Syahiran mendedahkan memang pelbagai dugaan yang dilalui untuk menjayakan majlis pernikahan mereka semalam.
Antaranya ialah pelamin yang patut diguna pakai oleh pasangan ini telah dihanyutkan air banjir.
Kesemua pelamin untuk majlis malam berinai, majlis akad nikah dan majlis resepsi tidak dapat digunakan akibat banjir yang melanda.
Dek kerana itu, pasangan ini terpaksa mencari alternative lain, dan hanya membuat majlis akad nikah saja. Rancangan lain seperti majlis malam berinai terpaksa dibatalkan.
Jelas Raja Syahiran, stor di Puchong milik wedding planner yang menyimpan pelamin dimasukki air dan menghanyutkan peralatan pelamin.
“Nak ikutkan, memang ada majlis malam berinai pada malam sebelum akad nikah. Akan tetapi majlis berkenaan kita kena batalkan selepas pelamin dengan tema Arabian Night yang dirancang tidak dapat dibuat sebab dah kena hanyutkan banjir pada hari Ahad lepas.”
“Oleh itu sehari sebelum majlis, kami terus mencari wedding planner lain. Semuanya plan memang buat di saat akhir.”
“Sungguhpun majlis malam berinai dan resepsi tak dapat diadakan, paling penting ialah majlis akad nikah”.
Walaupun tidak dapat meneruskan plan asal, namun Raja Syahiran tetap merasakan lebih bersimpati kepada wedding planner asal yang alami kerugian kerana dilanda banjir.
“Ini satu dugaan dari tuhan Yang Maha Esa. Sejujurnya yang lebih terkesan ialah perancang perkahwinan sebab mereka yang terjejas lebih teruk.”
Satu lagi kes telah berlaku apabila Uyaina dan beberapa ahli keluarga terkandas kerana banjir naik dengan pantas.
Ketika itu, mereka yang terkandas sedang siapkan door gift untuk tetamu di rumah kakaknya di Subang Jaya.
“Uyaina dan family datang ke rumah kakak saya di Subang Jaya untuk siapkan doorgift. Namun mereka sangkut kat sana sebab air sudah naik dengan laju. Di rumah saya pula, bekalan elektrik terputus selama 20 jam.”
Namun begitu Uyaina berkata, walau ada pelbagai drama, mereka hanya ketawa bersama apabila mengimbas kembali detik-detik berkenaan.
“Kami tak terkilan pun, dan tak menangis malah kami dua-dua pun ketawa bila teringat banyak drama yang melanda. Apa yang penting ialah akad nikah dan ada family serta rakan-rakan yang dapat datang.”
Itulah sedikit kisah tentang cabaran untuk berkahwin ketika banjir menjelma tanpa di duga. Apapun selamat pengantin baru kepada Uyaina Arshad dan juga Raja Syahiran.