“Wah Dayah dah tunang, tahniah” Hidayah muatnaik foto di pelamin, dah bertunang

6,439 views

Pada tahun 2020, pelawak terkenal, Abam Bocey telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 32 tahun. 

Memang pemergian Abam itu begitu mengejutkan ramai pihak, apatah lagi sebelum ini tidak diketahui arwah mempunyai sebarang masalah kesihatan. 

Abam pergi dengan meninggalkan seorang balu bernama Nor Hidayah dan juga seorang anak bernama Hamzah. 

Selepas pemergian Abam, telah timbul pula isu melibatkan keluarga Abam dengan Hidayah, terutama adik Abam iaitu Ali Puteh. 

Sehingga kini, hubungan di antara Hidayah dan juga Ali masih lagi renggang. 

Hidayah kemudian melangsungkan hidupnya dengan melakukan pelbagai perniagaan, demi menyara anaknya Hamzah. 

Namun, semalam, Hidayah bagaikan memberi gambaran bahawa dirinya kini sudah dimiliki seseorang. 

Hidayah muatnaik sekeping gambar, menunjukkan dirinya memakai pakaian sedondon dengan seorang lelaki di depan pelamin. 

Mengenakan pakaian berwarna biru, Hidayah dilihat tersenyum sambil memegang jambangan bunga, manakala lelaki berkenaan berdiri disebelahnya, namun wajahnya tidak kelihatan. 

Lelaki berkenaan membelakangi kamera. 

Di ruangan caption, Hidayah hanya memberikan emoji berbentuk heart atau hati saja. 

Ini sekaligus membuatkan ramai beranggapan bahawa Hidayah kini sudah pun bergelar tunangan orang. 

Ramai yang menulis komen, mengucapkan tahniah kepadanya. 

Antara yang memberi ucapan ialah Mila Jirin, Serina Redzuawan, Nurul Zahid dan juga Vicha Barbie. 

Tahniah diucapkan, saya amat gembira untuk kami Hidayah.” Tulis Mila Jirin. 

Ini pula di antara komen-komen lain yang ditinggalkan oleh pengikutnya.  

Syukur alhamdulillah, awak memang berhak untuk bahagia. Semoga dipermudahkan urusan dan bahagia selalu.”  

Tahniah Dayah, saya tumpang gembira tengok Dayah dah pun jumpa pengganti.”  

Wah, dah tunang dah Dayah, alhamdulillah.” 

Sehingga kini, masih lagi belum ada sebarang kenyataan dari Hidayah tentang gambar berkenaan, kita tunggu saja Hidayah untuk memberi pengesahan tentang foto tersebut kelak.