Wanita buat report polis, bekas kekasih, pelawak terkenal ceroboh masuk rumah

13,865 views

Seorang wanita dah disahkan telahpun membuat laporan kepada pihak berkuasa baru-baru ini, yang mana dia mendakwa seorang lelaki, yang juga bekas teman lelaki nya telah datang serta menceroboh masuk ke rumahnya.

Rumah wanita berkenaan jenis condominium dan terletak di daerah Petaling Jaya manakala lelaki berkenaan merupakan seorang pelawak yang dikenali ramai.

Dari laporan Kosmo, wanita berkenaan yang berumur 28 tahun menyatakan kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 7 setengah malam. Ketika itu, hanya dia seornag diri berada di dalam rumah berkenaan.

Ini laporan yang ditulis oleh pihak Kosmo Online tentang kejadian ini.

Pelawak berkenaan telah didakwa masuk ke rumah wanita berkenaan yang tak berkunci selepas pembantu rumahnya keluar dari rumah. Apabila pelawak itu masuk, dia telah selongkar barang-barang rumah kelihatan seperti mencari sesuatu.

Tindakan berkenaan menyebabkan wanita tersebut berasa tak selesa dan telah menghalau, meminta pelawak berkenaan keluar dari rumahnya.

Wanita berkenaan dikatakan telah mendakwa pelawak itu masuk disebabkan mengesyaki wanita itu membawa balik lelaki lain ke rumahnya.

Kemudian, telah berlaku sedikit pertengkaran menyebabkan perbuatan mereka telah ditegur oleh jiran. Selepas itu, pelawak berkenaan telah beredar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid telah mengswahkan hal berkenaan dan akui ada menerima report polis dari wanita tersebut.

Polis kemudian menyatakan kedua-dua pihak itu tak mahu panjangkan kes dan memilih untuk berdamai.

Kes ini ada mendapat liputan dari pihak media setelah wanita berkenaan ada muatnaik gambar pelawak itu ketika beredar dari rumahnya. Wanita itu mengatakan, pelawak berkenaan yang masih mencarinya walaupun dikatakan dirinya telah berubah. Tak lama kemudian, gambar berkenaan telahpun di delete.

Sehingga kini tiada sebarnag kenyataan lanjut dari pelawak berkenaan tentang hal ini.