Shuib Sepahtu, 39 tahun, kini dalam fasa bahagia setelah kembali berumah tangga.
Pelawak yang juga ahli perniagaan ini kini bahagia bersama isterinya bernama Watie Hanifiah, 35 tahun.
Apabila sudah berkahwin, dah tentu soalan tentang anak akan jadi pertanyaan orang ramai.
Yang terbaru, melalui satu temubual bersama portal Hlive, Watie memberitahu dia kini fokus dengan anak-anak tirinya.
Jelas Watie, dia pun sudah redha dengan ketentuan sekiranya ditakdirkan dirinya tak mempunyai anak kandung sendiri.
Sungguhpun jikalau tiada anak kandung, bagi Watie kehadiran empat orang anak tirinya itu sudah cukup buat dirinya.
“Buat masa sekarang itulah plan dari awal. Watie pun tahu, yelah kahwin dengan duda kan.”
“Anak-anak ini memang rapat. Mereka semua manja. Masih tidur sekali. Sampai sekarang pun tak tidur asing.”
“Bagi saya tak ada beza pun anak sendiri dan anak tiri atau pun anak angkat, asalkan namanya itu anak.”
“Memang dulu sebelum kahwin, pernah juga terfikir, saya dah umur berapa, tak kahwin lagi, pernah terfikir mungkin tak ada anak, masa tu ingat nak ambil anak angkat.”
Akur Watie lagi, dia memang ada satu kegusaran yang mana, jika anak sendiri, akan terasa seakan mahu membandingkan anak kandung dengan anak tiri.
“Saya ada satu ketakutan yang mana orang kata macam ni, ala sekarang tak ada anak sendiri boleh lah, nanti kalau ada anak sendiri, baru tau.”
“Dan kalau anak sendiri buat saya rasa macam jadi mak tiri yang tak baik, biarlah saja macam sekarang ni.”
Ini video penuh dari Hlive.
Jelas Watie lagi, sebelum ini dia dah pun bincang dengan Shuib tentang anak termasuk menambah anak, dan meletakkan kepentingan untuk menjaga anak sebagai keutamaan.
Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah telah berkahwin pada bulan Jun tahun 2023.