Meerqeen dilihat mesra bersama Ameera Khan di Paris

2,666 views

Antara pelakon lelaki yang sedang meningkat naik namanya ketika ini ialah Meerqeen

Terkenal melalui program Hero Remaja pada tahun 2020, kini Meerqeen dah mengukuhkan namanya sebagai pelakon yang terkenal di Malaysia. 

Hari ini, ada satu kisah tentang Meerqeen. 

Dikatakan pelakon yang kini berumur 22 tahun, kini dilihat amat rapat dengan adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan

Ini apabila kedua mereka ini dilihat mesra bersama ketika berada di kota Paris, Perancis. 

Ada beberapa moment mereka berdua dirakamkan sepanjang berada di kota yang terkenal dengan bangunan ikonik Eiffel Tower itu. 

Meerqeen sendiri telah muatnaik gambar selfie bersama influencer tersebut. 

Ameera Khan, 22 tahun, kemudian telah post semula foto tersebut di media sosial miliknya. 

Kemudian, Meerqeen sekali lagi muatnaik video pendek menunjukkan sedang berjalan bersama Ameera Khan. 

Dapat dilihat Ameera Khan yang dikenali dengan nama Little Miss Khan, sedang menikmati juadah pencuci mulut macaroon yang amat terkenal di kota Paris. 

Ini videonya. 

Dari laporan, dikatakan Meerqeen dan juga Ameera Khan berada di France atas urusan kerja. 

Malahan, ibu kepada Ameera iaitu Datin Noor Kartini turut berada di sana untuk temani anak kesayangannya itu.  

Sungguhpun begitu, ini bukan kali pertama mereka dilihat bersama. Sebelum ini, dikatakan Meerqeen dan Ameera pernah dilihat bersama ketika berada di Johor. 

Walaupun tiada sebarang kenyataan tentang hubungan mereka, rata-rata peminat mengakui kedua mereka ini dilihat secocok dan serasi bersama. 

Ramai yang mengusik dan mengatakan harap kedua mereka ini menjalinkan hubungan lebih dari sekadar berkawan.  

Apapun, kita tunggu saja nanti jika ada sebarang kenyataan dari Meerqeen dan juga Ameera Khan, sama ada kawan biasa ataupun ada hubungan istimewa.