Haqiem Rusli jawab kisah rumah tangga - News Tel

Haqiem Rusli jawab kisah rumah tangga

3,667 views

Penyanyi dan pencipta lagu Haqiem Rusli telah tampil memberi kenyataan tentang kisah rumah tangga yang dibina bersama Anis Sofea. 

Jelas Haqiem, dia memang akui bahawa jarang memuatnaik gambar atau video bersama isterinya itu namun itu tak bermakna ada yang timbul di antara mereka. 

Penyanyi berumur 24 tahun itu menyangkal dakwaan orang ramai tentang hal berkenaan melalui satu temubual bersama Mstar. 

“Hubungan di antara saya dengan isteri kini dalam keadaan baik-baik saja.” 

“Mungkin kerana ada isu sebelum ini membuatkan kami suami isteri jarang tayang gambar bersama di media sosial.” 

“Kami ada kehidupan sendiri dan tidak mungkin setiap hari mahu tayang gambar bersama saja.”  

“Hidup di dunia ini bukannya di media sosial semata.” 

Kisah rumah tangga Haqiem Rusli dan Anis Sofea menjadi bualan setelah wanita berumur 21 tahun itu mengumumkan membuka tudung dan kemudian telah memadam semua foto bersama suaminya. 

Apa pun yang terjadi, Haqiem dilihat tidak mehu berbicara lebih lanjut tentang isu melibatkan isterinya. 

Sungguh ramai yang mengata, Haqiem hanya ambil pendekatan berdia diri saja.  

“Saya dah melalui pelbagai dugaan dari mula dulu bergelar selebriti. Sebelum kahwin pun saya sedar akan ada peminat yang terus nak tahu tentang kisah rumah tangga kami.” 

“Bagi saya tidak mengapa selagi ianya tak libatkan isu sensitif yang keterlaluan.” 

Haqiem juga nafi mahu buat sebarang gimik setelah muatnaik foto terbaru dengan isterinya bertudung.  

“Saya tak ada nak buat sebarang gimik. Saya upload gambar bersama isteri sebab nak tunjuk kami berdua dalam keharmonian.” 

“Di foto itu dapat lihat ramai sayangkannya dan beri komen yang baik-baik.” 

Itulah sedikit sebanyak komen dari Haqiem Rusli tentang kisah rumah tangganya bersama Anis Sofea, semuanya baik-baik saja. 

Latest from Hiburan


Watie reda jika tiada anak sendiri

2,468 views

Shuib Sepahtu, 39 tahun, kini dalam fasa bahagia setelah kembali berumah tangga. 

Pelawak yang juga ahli perniagaan ini kini bahagia bersama isterinya bernama Watie Hanifiah, 35 tahun. 

Apabila sudah berkahwin, dah tentu soalan tentang anak akan jadi pertanyaan orang ramai. 

Yang terbaru, melalui satu temubual bersama portal Hlive, Watie memberitahu dia kini fokus dengan anak-anak tirinya. 

Jelas Watie, dia pun sudah redha dengan ketentuan sekiranya ditakdirkan dirinya tak mempunyai anak kandung sendiri. 

Sungguhpun jikalau tiada anak kandung, bagi Watie kehadiran empat orang anak tirinya itu sudah cukup buat dirinya. 

“Buat masa sekarang itulah plan dari awal. Watie pun tahu, yelah kahwin dengan duda kan.” 

“Anak-anak ini memang rapat. Mereka semua manja. Masih tidur sekali. Sampai sekarang pun tak tidur asing.” 

“Bagi saya tak ada beza pun anak sendiri dan anak tiri atau pun anak angkat, asalkan namanya itu anak.” 

“Memang dulu sebelum kahwin, pernah juga terfikir, saya dah umur berapa, tak kahwin lagi, pernah terfikir mungkin tak ada anak, masa tu ingat nak ambil anak angkat.” 

Akur Watie lagi, dia memang ada satu kegusaran yang mana, jika anak sendiri, akan terasa seakan mahu membandingkan anak kandung dengan anak tiri. 

“Saya ada satu ketakutan yang mana orang kata macam ni, ala sekarang tak ada anak sendiri boleh lah, nanti kalau ada anak sendiri, baru tau.” 

“Dan kalau anak sendiri buat saya rasa macam jadi mak tiri yang tak baik, biarlah saja macam sekarang ni.” 

Ini video penuh dari Hlive. 

Jelas Watie lagi, sebelum ini dia dah pun bincang dengan Shuib tentang anak termasuk menambah anak, dan meletakkan kepentingan untuk menjaga anak sebagai keutamaan.  

Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah telah berkahwin pada bulan Jun tahun 2023. 

Go to Top