“Mungkin jodoh di alam lain” Anuar Zain

3,644 views

Anuar Zain seorang penyanyi yang terkenal dengan kelunakkan suaranya yang amat berlemak dan merdu.

Dengan lagu-kagu popular seperti Sedetik Lebih, Lelaki Ini, dan Keabadian Cinta, lagu-lagu mendayu dari Anuar Zain ini cukup mengasyikkan.

Namun di usia kini yang sudah mencecah 51 tahun, orang ramai mula bertanya, bilakah agaknya penyanyi ini akan bertemu jodoh.

Sering ditanya tentang soal jodoh, Anuar Zain dilihat tidak cepat melatah kerana sudah lali dengan soalan sedemikian.

Anuar juga selesa apabila bercerita tentangnya. Jelasnya, jodoh ini merupakan sesuatu yang bukan dapat dikawal olehnya tetapi semuanya dirancang oleh Allah.

Ini komennya kepada portal Hijabista.

“Tentang perkara melibatkan jodoh, itu kita tak boleh merancang. Mungkin jika jodoh saya belum tiba di sini, Allah akan tentukan jodoh saya di alam selepas ini.”

“Semua manusia sudah tentu ada pasangannya sendiri, itu janji dari Yang Maha Esa kepada kita semua, dan ianya rahsia.”

Anuar Zain juga sentiasa berdoa, supaya Allah akan memberikan jodoh kepadanya dan juga keluarganya.

Jodoh boleh ditungu, awal atau cepat semuanya sudah tentu ada hikmahnya.

“Jika Allah dah pilih jodoh saya satu hari nanti, sudah tentunya saya akan terima dengan terbuka hati. Saya selalu doa, diberikan pasangan yang baik dari semua aspek. Yang pentingnya, jodoh saya mesti terima saya dan family, begitu juga sebaliknya.”

Nama Anuar Zain masih lagu kukuh di industry seni tanah air. Setiap tahun memang ada saja show dari adik kepada Ziana Zain ini. Suaranya turut akan memukau kepada sesiapa saja yang mendengarnya.

Jelas Anuar Zain, dia sentiasa melakukan tiga amalan ini untuk semua perjalanan berjalan lancar iaitu jaga hubungan dengan Tuhan, jaga hubungan dengan manusia dan selalu bersyukur serta redha.