“Hari yang mendung” ~Shila Amzah dan Haris, kini bukan lagi suami isteri

7,417 views

Penyanyi yang pernah mengegarkan negara China, iaitu Nur Shahila Amzah atau Shila Amzah kini telah sah berpisah dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias.

Shila Amzah telah mengumumkan perpisahannya secara rasmi dengan Haris Idraki melalui satu entry yang di post di laman Instagram miliknya petang tadi, hari Selasa bersamaan tarikh 8 Februari 2022.

Sekitar jam 1 petang, Shila Amzah telah hadir ke mahkamah dan muatnaik satu story mengatakan hari ini merupakan satu hari yang amat penting buat dirinya.

“Salam semua, hari ini hari Selasa, satu hari yang amat penting untuk Sha, harap korang semua dapat doakan untuk saya.”

Hari yang amat mendung, semendung hati ini.” Tulis Shila Amzah lagi.

Sekitar jam 4 petang pula Shila Amzah akhirnya mengesahkan dirinya dan Haris Idraki bukan lagi suami isteri.

“Alhamdulillah, kes antara Sha dan bekas suami, Haris Idraki, telah pun selesai sebentar tadi. Kita akan sama-sama berusaha untuk menjaga dan sayangi anak kami, Seth sampai bila-bila. Terima kasih kepada semua orang yang telah mendoakan.”

Sebelum ini, Shila Amzah ada memberitahu bahawa dia dan Haris Idraki tidak lagi tinggal bersama. Shila kemudian telah menfailkan untuk berpisah dengan Haris Idraki.

Ketika banjir, Shila Amzah telah pun tinggal di rumah keluarga, rumah ND Lala, dan mendedahkan Haris Idraki ketika itu tinggal di rumahnya yang terletak di Cyberjaya.

Shila Amzah dan Haris Idraki sebelum ini berkahwin pada tahun 2018. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang lahir di tarikh hari kemerdekaan iaitu 31 Ogos tahun 2019.

Untuk info, Haris Idraki merupakan pekerja di bahagian kewangan di London ketika berkahwin dengan Shila Amzah. Salam takziah buat Shila Amzah dan juha Haris Idraki Elias.