Semua tahu bahawa pelakon Datuk Fizz Fairuz dah lama berkahwin dengan isterinya yang juga pelakon Datin Almy Nadia.
Mendirikan rumah tangga sejak tahun 2014, mereka berdua seringkali mendapat perhatian kerana gaya kehidupan mereka yang amat sederhana saja.
Sunggupun Fizz Fairuz dah menerima gelaran serta pangkat Datuk, hidup yang sama saja dilalui.
Tidak terlalu berlebihan dan sering memaparkan kehidupan sederhana bersama anak-anak, ramai yang suka melihat pasangan selebriti ini.
Beberapa hari lepas, sekali lagi mereka berdua menjadi tumpuan. Ini kerana Almy Nadia saja-saja bergurau dengan suaminya, tentang keadaan dirinya.
Walaupun sudah naik badannya, adakah Fizz Fairuz akan masih menyayangi dirinya, dan sudah tentulah Fizz Fairuz memberitahu dia tetap suka keadaan Almy.
Malahan jawapannya itu telah menjadi perhatian kerana kata Fizz, kalau Almy macam dulu, dia pula yang akan tinggalkan diri Fizz.
Almy Nadia: “Baby, saya nak tanya awak sesuatu ni. You memang sayang I? Banyak mana sayang? Tetapi I ni dah besar badannya tau, I ni burok.”
Ini jawapan dari Fizz Fairuz: “Sayanglah dah tentu banyak. Biarlah badan tu besar, sebab nanti kalau you badan krus, you pula yang tinggalkan I.”
Mendengar jawapan lain dari yang lain daripada suaminya itu, Almy terus saja tergelar dan mengatakan dia juga amat menyayangi suaminya itu.
Dari reaksi para netizen di ruangan komen, ramai yang melabel mereka berdua sebagai sweet.
Selain ramai juga yang terhibur menonton topik serta soalan cepumas yang ditanya oleh Almy kepada Fizz Fairuz itu.
Untuk info, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada bulan April tahun 2014.
Selama 8 tahun mendirikan rumah tangga ini, Fizz Fairuz dan Almy Nadia dikurniakan seramai 4 orang anak kandung serta pernah mengambil seorang anak angkat.