Rupanya Shahir ada jemput, tetapi Erra Fazira yang tak dapat datang

997 views

Penyanyi yang juga bekas juara Akademi Fantasia iaitu Shahir Zawawi dah pun selamat bergelar suami kepada wanita bernama Jaskin baru-baru ini. 

Melihat Shahir dah selamat berkahwin, ada pihak media yang bertanya kepada Erra Fazira untuk memberi sepatah dua kata tentang perkahwinan Shahir dan isterinya itu. 

Ketika di temui di sebuah majlis, Erra Fazira ada memberi sedikit ucapan. 

“Kan kita dah ucap awal-awal dulu.” Seloroh Erra bergurau dengan para wartawan ketia bertanya soalan berkenaan. 

Erra Fazira kemudian memberi ucapan buat Shahir. 

“Alhamdulillah, dah selamat diijabkabulkan dan dah pun bergelar suami orang. Semoga berkekalan lah sehingga ke jannah.” 

Kemudiannya Erra Fazira juga ada memohon kemaafan kepada Shahir kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan penyanyi berkenaan. 

Jelas Erra, ketika itu dia ada hal yang tak dapat nak dielakkan dan tak dapat hadir ke majlis perkahwinan Shahir dan isterinya, Jaskin. 

“Saya nak minta maaflah sebab tak dapat nak datang. Dia ada jemput, memang ada jemputan tetapi saya tak dapat hadir.” 

“Tak dapat hadir sebab ada kerja-kerja yang nak dilaksana.” 

Itulah jawapan serta ucapan dari Erra Fazira kepada Shahir Zawawi. 

Pertanyaan berkenaan diajukan kepada Erra kerana sebelum ini mereka dikatakan pernah menjalinkan hubungan namun telahpun terlerai. 

Erra Fazira sebelum ini dilihat mempunyai hubungan yang amat baik dengan semua yang pernah mempunyai hubungan dengannya dulu. 

Contohnya seperti Datuk Awie, yang mana kini Erra Fazira ada bekerjasama untuk mengadakan konsert bersama. 

Selain itu, sebelum ini pun, Erra ada hubungan yang baik dengan Laudya Cynthia Bella, yang ketika itu merupakan isteri kepada Engku Emran. 

Erra Fazira juga pernah beberapa kali dilihat berada di majlis yang sama dengan Datin Lisa Surihani, yang merupakan isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim. 

Personaliti Erra Fazira ini sememangnya disenangi orang ramai. Semoga Erra Fazira akan bertemu semula jodohnya selepas ini.