Kisah kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila dan suaminya Engku Emran mendapat spotlight yang amat terang dari pihak media dan orang ramai, bukan saja di negara Malaysia, malah juga di negara jiran.
Semua gara-gara tindakan Nabila yang dah memadam semua foto melibatkan suaminya itu di laman Instagram.
Ramai yang dapat hidu keretakkan rumah tangga mereka sejak kebelakangan ini.
Namun semuanya dah terjawab setelah Nabila dilihat hadir bersama Engku Emran beberapa hari ini.
Menjawab tentang isu tindakannya memadam foto Engku Emran, Nabila akui dia ketika itu sedang berangin dan tak ada mood dengan suaminya.
“Syukur, alhamdulillah, jodoh kami suami isteri masih lagi kuat. Kami masih lagi bersama. Doakan kami berdua ye.”
“Masa tu , saya padam gambar bersama suami sebab merajuk. Memang lama merajuk. Tapi kerana semasa tu tengah geram, jadi tak fikir.”
“Biasalah tu kan dalam perkahwinan ni memang ada turun naiknya. Waktu itu saya sedang ada rasa geram Saya tak buang pun gambar dia, tetapi hanya archived saja. Macam gitulah.”
Jelas Nabila, hal itu kecil saja, tetapi kerana spotlight yang diterima apatah lagi merupakan ahli keluarga kepada Neelofa, ianya jadi bualan ramai/
“Cumanya jika kita ni seringkali jadi perhatian, hal yang kecil pun boleh menjadi besar. Sedangkan semua perempuan pun tahu yang kalau gaduhtu, antaar benda pertama yang dia akan dibuat ialah padam gambar. Saya merajuk lama tau.”
“Jujur cakap saya tahu implikasi dan kesannya itu. Macam Lofa dan family, apabila dia jadi perhatian, tempias pun ada kena kat saya juga. Memang patutnya saya kena lebih berhati-hati. Apapun kita ni masih lagi manusia, perempuan dan ada jiwa lembut.”
Itulah penjelasan dari Noor Nabila yang kelihatan hadir bersama Engku Emran dan satu masjli pernikahan rakan mereka baru-baru ini.