“Ali ada prinsip, selagi tak dapat, dia akan try” – Isteri

1,454 views

Ali Puteh nama yang sering diperhatikan oleh netizen sejak pemergian abang tersayang, Abam Bocey. Sejak pelbagai isu yang melanda Ali, ramai yang sangka Ali ini seorang yang keras hati, garang dan tegas.

Namun isteri kepada Ali, iaitu Melati Fitri ada menulis bahawa yang mendedahkan sebenarnya suaminya itu merupakan seorang lelaki yang ada pegangan prinsip dalam kehidupannya.

Jelasnya lagi, Ali ini seorang yang amat kuat semangat dan tak mudah nak putus asa terutama dalam apa yang diimpikan. Jom baca pendedahan isteri Ali ini.

Awak rasa dia seperti mana? Kalau ikutkan ramai yang cakap Ali ni seorang yang garang tetapi pada saya, tidak lah garang sangat sebenarnya”.

Kemudian ditanya tentang macam mana boleh berkenalan sampai mendirikan rumah tangga, ini komen dari Melati.

Ali ngurat saya ketika zaman sekolah dulu. Dia seorang yang punya prinsip, selagi dia tak dapat selagi itulah dia akan try. Akhirnya syukur alhamdulillah sampai sekarang diberikan amanah oleh Tuhan, anugerah yang tiada bandingan nilainya iaitu anak-anak.”

Melati menulis berkenaan ketika menjawa satu pertanyaan dari followernya di laman media sosial.

Ini pertanyaan dari seorang follower Melati: “Ali tu seorang yang kelakar atau serius ketika berada di luar? Macam mana Ali boleh mula mengurat awak?”

Syed Ali Mubarak dan Melati Fitri bernikah pada tahun 2016 dan sehingga sekarang mempunyai tiga orang anak. Anak kedua pasagan ini Ainul Mardhiah pergi buat selamanya ketika usia baru tiga bulan kerana mempunyai masalah jantung.

Ketika itu, Ali sedang bersaing dalam rancangan Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan Puteh terdiri dari Mamak dan juga Man Raja Lawak. Walaupun menerima dugaan hebat, rezeki hadir tanpa diduga, akhirnya mereka telahpun dinobatkan sebagai juara rancangan berkenaan.

Share this on...