6 Foto: Majlis pernikahan Sam Bunkface dan Puteri Eifa, cantik orangnya

9,471 views

Pada usia 33 tahun, vokalis utama dari band Bunkface iaitu Sam, telah mengesahkan pernikahannya dengan seorang gadis jelita berumur 25 tahun.

Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar, telah disatukan dengan gadis bernama Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi semalam.

Sebelum ini Sam Bunkface telah single dan hidup menduda selama lebih kurang dua tahun.

Sam telah menyampaikan berita baik ini menerusi laman IG miilknya pada jam 8 malam. Beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan telah dimuatnaik untuk tatapan para peminat dan orang ramai.

Menerusi gambar itu, kedua pasangan suami isteri ini memakai busana berwarna putih dan mengambil gambar kenangan di atas pelamin yang dihiasi bunga. Ada juga gambar Sam menyarung cincin dan kemudian isterinya mencium tangannya.

Ini tulis Sam di ruang caption: “Salam Jumaat buat semua. Di sini saya mahu beritakan bahawa Sam telahpun selamat menikahi Puteri Eifa Ezrin binti Mohd Kushairi. Semoga semua pihak dapat doakan yang baik-naik untuk kami berdua. Syukur Alhamdulillah”.

Di ruang komen, para peminat Sam Bunkface telah meluahkan rasa gembira dengan perkhabaran yang baik ini. Rata-rata menulis ucapan tahniah disamping doa agar kedua mereka bahagia sebagai suami isteri.

Sebelum ini, Sam Bunkface pernah menyatakan dia dan Eifa bertemu setelah dikenalkan rakannya yang juga manager kumpulan Bunkface iaitu Farriz.

Sam Bukface juga menyebut bahawa Puteri Eifa Ezrin bukanlah orang di dalam kalangan indistri seni tanah air ini.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat penyanyi yang juga abang kepada pelakon Siti Saleha ini.

Pada tahun 2015, Sam Bunkface pernah berkahwin dengan seorang producer bernama Aida namun berpisah awal tahun 2019. Hasil dari perkahwinan berkenaan, Sam Bunkface mempunyai seorang anak lelaki bernama Maleeq yang kini dah masuk umur 3 tahun.