Artis ni asyik cerai-berai je, ini komen Fasha Sandha

3,534 views

Sejak kebelakangan ini ramai artis yang kita lihat di dada akhbar melalui proses pencerraian. Akibat daripada itu, ramai yang mula beranggapan bahawa artis suka bercerrai berai.

Disebabkan hal itu juga pelakon cantik jelita iaitu Fasha Sandha telah berkongsi pandangan masyarakat bahawa artis suka bercerrai kerana dia juga pernah mengalami situasi tersebut.

“Ade jg org kata, eh artis ni suka bercerrai ke? Ehh hello, bukan artis saja bercerrai-berai, org bukan artis lagi byk bercerai cuma tak masuk surat khabar saje, sebab org tak amik peduli pun. Artis jg selalu cuba yg terbaik utk selamatkan rumah tangga tp bila tak berjaya, itu adlh takdir yg tertulis.

“Sekurangnya kita dah pun cuba baiki ape yg boleh utk selamatkan perkahwinan. Jadi single lebih baik bdg masih sama dgn pasangan yg salah”

Sebagai rekod, Fasha Sandha Hassan pernah bernikah dengan ahli perniagaan iaitu Rizal Ashram Ramli pada tanggal 27 April 2012 dan telah berpsah pada 20 Januari 2016.

Selepas hamper 3 tahun menjadi ibu tunggal kepada dua orang anak artis jelita ini kembali bertemu jejaka idaman yang merupakan pelakon juga Aidil Aziz. Mereka telah bernikah pada pada 30 Mac 2019 yang lalu.

Fasha Sanda juga mengakui bahawa dia bangga dengan gelaran selama tiga tahun sebelum dia mendirikan rumahtangganya semula.

Jelas pelakon ini juga, dia tidak malu dengan gelaran janda kerana semasa itu dia masih mempunrezeki dan membiayai kehidupan bersama dua orang anaknya dengan hasil kederat sendiri.

“Sy seorang janda sebelum ini dn sy sgt bangga dgn gelaran tersebut. Sbb ape? Sebab sy janda yg berkerjaya dan cari duit utk keluarga, tidak pernah nak raih simpati dan sy kuat.

“Tidak ade apa yg nak dimalukan pun dgn gelaran sbg seorang janda itu. Sekarang Allah bagi peluang kedua untuk menerima pasangan yg baru.

“Ini pun adalah satu pinjamn dari Allah, cuma ape yg sy buat adalah saya akan selalu berdoa agar pinjamn utk kali ini berkekalan hingga akhir hayat sy”

Share this on...