Dato Siti buat masjid, tak berkat ke tu, pengarah bidas Zul Yahya

3,596 views

Zul Yahya sebelum ada buat satu kenyataan yang maan dia meyeru semua rakan yang terlibat dengan industry dan produksi agar berpindah dan bekerja dalam bidang yang lain.

Pelakon utama drama adiwira Pepaya ini mengatakan bidang hiburan ini tiada keberkatannya dan membuat pendedahan banyak yang dilakukan oleh orang atasan hanya untuk kepentingan diri mereka sahaja.

Seruan dari Zul Yahya itu nampaknya tidak disambut baik oleh meraka yang berada dalam dunia seni ini. Ramai yang dilihat memberi respon kurang setuju dengan kenyataan dari Zul Yahya itu.

Antaranya ialah Shahrulezad pengarah drama bersiri popular iaitu drama Nur. Menerusi satu komen di laman IG miliknya, Shahrulezad memberi contoh beberapa nama besar yang telah berjaya dalam bidang lakonan dan ada yang buat masjid serta hantar anak belajar agama. Jom baca komen dari Shahrulezad.

Tengok Norman Hakim itu elok saje sampai boleh hantar anak teruna dia belajar agama di luar negara hasil duit lakonannya. Dato Siti Nurhaliza pula siap boleh buat masjid di kampung Dato Khalid, dan ianaya hasil dari duit nyanyian dia. Tidak berkat lagi kah itu? Kadangkala yang jadi rezeki kita tidak berkat bukanlah sebab bidang yang kita ceburi itu tetapi apa yang dah kita buat dengan rezeki kita semasa kita dalam bidang. Oleh itu, janganlah kita mudah nak salahkan punca rezeki tetapi salahkan diri kita dulu. Allah ada perancangannya sendiri yang kadang-kadang kita pun tidak tahu hikmah disebaliknya. Janganlah jadi lebih sudu daripada kuah”.

Itulah komen dari pengarah berkenaan. Kenyataan berkenaan mendapat persetujuan dari beberapa rakan artis yang juga follower kepada Shahrulezad.

Antaranya ialah Bob Yusof, Amyza Aznan, dan juga pelakon drama Nur iaitu Khairiah. Bob Yusof berkata jangan cepat hokum orang lain. Manakala Amyza Aznan pula mengatakan dia sara keluarga sejak umur 17 tahun lagi dan memang ada yang judge dirinya.

Sebelum ini pengarah dan penerbit Datuk Rosyam Nor tampil membidas komen Zul Yahya itu dan mengatakan tak patut Zul membuat tuduhan seperti itu.