30 minit tak respon phone, tunang ingat Risteena diculikk

4,160 views

Memang sayang betul Isa Khan kepada tunangnya Risteena. Satu kejadian berlaku yang mana Isa Khan tak dapat contact tunangnya itu selama 30 minit. Ini membuatkan Isa Khan bimbang, dan tertanya apa yang berlaku pada tunangnya itu.

Malahan, Risteena memberitahu Isa Khan sangkakan ada hal tak baik yang berlaku pada dirinya contohnya macam kena diculik atau kena diragut sebab tak jawab call dan reply WhatsApp selama 30 minit. Jom baca pendedahan dari Risteena.

“Ini yang berlaku, semalam saya hilang jap selama setengah jam, lepas tu tunang saya ingat bahawa saya dah diculik, diragut atau ada benda tak elok yang berlaku.”

“Sebenarnya masa tu tengah drive balik dari rumah dia, saya tak tengok phone. Selalunya sepanjang perjalanan masa drive memang akan cakap phone dengannya sampailah tiba kat rumah. Namun apa yang berlaku semalam banyak pula kereta polis, dan kemudian tidak sempat pula nak amik phone dalam beg. Pas tu memang tidak disangka-sangka, saya hilang kepa dalam setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu.”

“Bila sampai di rumah, baru tengok phone. Dan memang banyak missed calls. Lepas tu, tiba-tiba, tunang saya dah ada, baru sampai kat bawah rumah. Memang tidak percaya langsung sebab baru saya sampai rumah. Dia dating 10 minit je datang dari Cheras ke Gombak. Siap dia datang dengan adik beradik dia.”

“Apa lagi, lepas tu saya kena marah terus la. Tak ape, at least saya tahu, kalaulah saya hilang betul, awak akan cari saya, hero saya.”

“Jadi pada mereka yang ada niat nak buat pape kat saya, lupakan sahaja la ya. Sebab korang akan kena berdepan dengan tunang saya yang amat garang ni.”

“Kepada tunang, saya rasa selamat sejak awak jaga saya. Memang tidak dapat nak bayang kalau awak tiada. Ibu bapa saya memang boleh harap pada awak. Saya sayang awak, cinta hati saya ni.”

Itulah komen dari Risteena yang dibuat menerusi laman Instagram miliknya. Berbunga bunga cinta mereka berdua ni. Untuk yang tak tahu, Risteena ini merupakan kakak kepada pelakon Ruhainies. Risteena dan Isa Khan bertunang pada November tahun 2019.