Diana Rafar selamat lahirkan baby boy, terus belanja gambar baby

9,247 views

Pasangan selebriti Zamarul Hishan dan Diana Rafar telah selamat menerima kehadiran baby ketiga setelah Diana bersalin semalam, hari Jumaat.

Anak ketiga ini merupakan baby boy mempunyai berat 3.57kg ketika dilahirkan di pusat perubatan pakar Avisena WCSH di Shah Alam.

Berita gembira ini disampaikan oleh Zamarul menerusi satu entry di laman media Instagram.

“Syukur sangat. Alhamdulillah. Padahari Jumaat tepat pada pukul 11.33 malam, hadirlah seorang putera dengan berat 3.57kg, di hospital Avisena. Kelahiran baby boy ini sesunggunya dah tentu akan menceriakan lagi family saya ini. Terima kasih padamu ya Allah sebab rezeki yg dikurniakan ini. Terima kasih buat anakku ini sebab kelahiranmu ini terus buatkan papa rasa macam dah semakin muda”.

“Tak lupa juga nak ucapkan terima kasih semua followers yang sentiasa doakan Diana, ingatkan baby nak keluar pada tarikh 16haribulan, rupanya baby nak keluar pada hari Jumaat jugak. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkannya”.

Perhatian semua, nak shopping baju, kasut, dress yang cun dan paling penting original dan murah? Promo sekarang ni. Jom klik sini.

Sementara itu, isteri kepada Zamarul iaitu Diana turut muatnaik foto dan menulis ucapan sempena kelahiran baby ketiga ini. Diana tak henti lahirkan rasa syukurnya dengan segala nikmat yang diberikannya.

“Terima kasih kepadamu ya Allah. Thanks juga kat semua yang selalu doakan kami, semuga akan dibalas jasanya sebab doakan kami ni. Syukur atas semua nikmat dan kurnia Allah. Sayang semuanya”.

Diruangan komen, para peminat terus mengutuskan kata-kata serta ucapan tahniah buat kedua mereka. Ini termasuk rakan artis seperti Radin penyampai radio Era, Fazlina Ahmad Daud, pelawak legenda Saiful Apek dan ramai lagi.

Untuk info semua, Zamarul Hisham yang kini berusia 49 tahun dan Diana Rafar, 38 tahun disatukan menjadi pasangan suami isteri pada bulan Mei 2009. Sepanjang 11 tahun berkahwin mereka mempunyai 2 orang anak iaitu Kashfi Haiqal (10 tahun) dan anak kedua Kayla Reysha (2tahun).

Share this on...