Bella Astillah tak tahu menahu tentang Sarah Yasmine

785 views

Pendedahan dari Sarah Yasmine tentang hubungannya dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz ternyata mengejutkan ramai pihak. 

Sarah mengiyakan bahawa dirinya dan Aliff sedang bercinta sejak awal tahun ini, sebelum Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies. 

Wanita ini mendedahkan bahawa Aliff juga tinggal selama sebulan di rumahnya setelah dirinya ditahan pihak Jawi. 

Pendedahan dan kronologi penuh dari Sarah Yasmine boleh dibaca DISINI

Sudah tentu ramai yang nak tahu apa reaksi isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah tentang kisah suaminya dengan Sarah. 

Ada yang tertanya sama ada wanita ini termasuk dalam antara 11 wanita yang pernah Aliff adakan hubungan seperti yang didedahkan oleh Bella. 

Akhirnya semuanya terjawab apabila portal media iaitu Ohbulan mendapat komen dari keluarga Bella. 

Bella Astillah dikatakan tak tahu menahu tentang kewujudan wanita bernama Sarah Yasmine ini. 

Ianya disahkan oleh ibu kepada Bella iaitu Siti Zarina Astillah. 

Jelas Zarina, Bella pun kini sedang busy dengan kerjanya dan sedang jalani penggambaran.  

“Isu apa itu, dia (Bella) memang tak tahu apa-apa tentang hal itu, (pendedahan dakwaan kekasih Aliff Aziz). Bella sekarang ni tengah bekerja ada penggambaran.” 

Itulah sedikit komen dari ibu Bella Astillah. 

Dalam pada itu, pihak media tidak mendapat sebarang jawapan dari Bella Astillah sehingga kini. 

Aliff Aziz dan juga Ruhainies tidak ada memberi sebarang kenyataan tentang kisah ini. 

Apa yang menariknya, sejak pendedahan dibuat, Bella Astillah telah mengikuti akaun Sarah Yasmine, begitu juga dengan Sarah yang dah pun ikuti akaun Bella. 

Selain itu, warga maya juga mendapati, ibu kepada Aliff Aziz juga dilihat telah pun deaktifkan akaun miliknya. 

Akaun Sarah Yasmine juga dilihat mencanak naik apabila pengikutnya kini sudah mencecah lebih seratus ribu orang.