Komen kakak Misya tentang foto Marissa Dania

288 views

Kisah antara dua madu Aslam iaitu Marissa Dania dan juga Misya kembali diperkatakan orang ramai. 

Semuanya bermula apabila Marissa Dania muat naik gambar bersama madunya itu di hari raya. 

Foto berkenaan dibuat melalui Insta Story dan foto berkenaan di edit melalui boomerang. 

Melalui caption, Marissa menulis mengatakan ‘segala andaian memerlukan penjelasan’. 

Gambar berkenaan membuatkan ramai yang mengatakan mereka sudah pun berbaik. 

PENJELASAN MISYA 

Isteri pertama Aslam iaitu Misya ada memberi penjelasan tentang foto berkenaan. 

Katanya, itu merupakan gambar lama, bukannya ketika hari raya. 

Jelasnya lagi, dia dan Marissa sudah lama tak berhubung. 

Misya menyatakan dia sudahpun berdamai dengan takdir dan menerima hidup berpoligami, namun Misya harus perjelaskan gambar berkenaan supaya tiada salah faham yang timbul. 

Dia tak mahu orang beranggapan, semua ini satu merketing dan mahu meraih populariti. 

Kata Misya, mungkin satu hari nanti dia akan kembali berbaik dengan madunya itu dan mungkin ketika upload foto berkenaan Misya rindu dengan dirinya. 

Ini penjelasan penuh dari Misya. 

KOMEN KAKAK MISYA 

Antara individu yang paling banyak bersuara tentang isu Misya dan Marissa ini ialah kakak kepada Misya iaitu Nadia. 

Nadia juga ada muatnaik pendapatnya setelah gambar ini tersebar. 

Kata Nadia, walaupun Misya sudah menerima takdir yang tertulis bahawa suaminya dah berkahwin lain, namun janganlah sesekali nak gunakan adiknya itu.  

“Dia dah berdiam, dia dah reda, dia mengalah, dia dah pun berdamai dengan takdir, tapi ini bukan tiket untuk orang lain boleh nak gula gulakannya.”  

“Nak tanyalah, hari raya ada minta maaf ke tak? Betul ke dah berbaik? Betul ke tak ada meroyan? Sekejap lagi nak beli lah popcorn, cerita psiko ini memang best nak layan. Banyak plot twist.” 

Itulah respon dari Misya dan juga kakaknya iaitu Nadia tentang foto Marissa Dania.