Henti tuduh isteri saya – Shuk Sahar

995 views

Shuk Sahar dan isteri kini dalam fasa untuk berdamai. Shuk berkata dia akan berusaha untuk mendapatkan keluarganya ketika ini.

Dalam pada itu, Shuk dilihat telah meminta semua netizen untuk tidak bercakap perkara yang tak elok tentang isterinya.

Ini setelah isteri kepada Shuk iaitu Rossa Sera dilihat amat aktif untuk buat review produk setelah namanya menjadi viral ekoran kes melibatkan suaminya yang bermain kayu tiga.

Menerusi satu laporan dari portal Gempak, Shuk meminta agar semua orang jangan menuduh isterinya itu dengan hal yang tak betul, hanya kerana dia mencari rezeki dengan membuat review di laman Ig.

“Isu melibatkan rumah tangga kami tak patut dicampur aduk dengan kerja. Rossa Sera, isteri saya, dia ada hak untuk teruskan buat kerja-kerja review yang dia dapat.”

“Netizen tak patut nak salahkan isteri saya sebab dia kerja seperti itu. Dia sedang jalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan buat semua review berbayar berkenaan.”

“Oleh yang demikian, saya rayu pada semua supaya stop lah cakap dan tuduh isteri saya yang bukan-bukan.”

Tentang perkembangan terbaru hubungan dengan isteri, Shuk kini hanya mahu fokus dengan keluarga dan mahu pandang ke depan.

“Status terkini tentang hubungan kami, saya hanya menyatakan terima kasih kepada mereka yang mendoakan agar rumah tangga kami jadi kembali pulih.”

“Dan kepada semua orang yang ada mengeji dan cakap tak elok pada saya, terima kasih juga diucapkan buat kalian.”

Sementara itu, menerusi satu entry di IG, Rossa Sera ada meminta maaf kepada followernya kerana banyak buat review.

Jelas isteri Shuk ini, dia sedang mencari rezeki untuk dirinya dan anak-anak dengan membuat review berbayar menerusi IG miilknya, dan berkata hidup mesti diteruskan.

Share this on...