Ini kenyataan rasmi Aliff Syukri, persenda nama Wan Maimunah

2,675 views

Umum tahu dengan perangai usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Aliff Syukri yang sering terima macam-macam komen dari makcik bawang dan para netizen.

Dalam perkembangan terbaru, gara-gara satu interview dia bersama kawan bisnnesnya iaitu, Nur Sajat, ada yang disifatkan agk keterlaaluan sehingga ada menyebut nama seorang pelakon veteran.

Melalui rakaman video itu, Aliff Syukri dilihat telah mempermaiinkan nama salah seorang pelakon veteran yang memang hebat iaitu Wan Maimunah.

Wan Maimunah sendri dah tahu hal berkenaan dan memang terkesan akan perkara itu kerana seperti buat dirinya jadi bahan jenaka sahaja.

Akibat daripada tindakan dari jutawan yang juga penyanyi lagu Bobo Di Mana ini, Aliff telah tampil memberikan sebab kenapa dia buat hal itu dan ambil kesempatan sekaligus utk memohon maaf secara terbuka kepada pelakon senior tersebut.

“Sya nk ucapkan mohon maaf kpd Mama (wan maimunah), sya tk nk komen pasal benda ni. Sya secara kebetulan sebab waktu itu ada blogger suruh saya buat perkataan seperti itu dn sya ikut skrip.

“Sya tk sgka benda ni jdi viral sbb kami pn dh padam jadi saya minta maaf kpd Mama Wan Maimunah. Saya tk sgka bnda ini menyentuh sensitiviti Mama sya tahu slah saya.

“Ketika itu sya jadi hos untuk sebuah program blog dan saya tak salahkan blog itu. Jadi bila dia datang pada saya dan byr sya utk buat content tu.

“Sya tak sangka isu ini menjadi satu isu yang berat dan saya akui kesalahan saya. Sya tk nk ulas pjg ttg perkara ini jadi saya mintk maaf pd mama Wan Maimunah, saya janji saya tk akan mengulangi lagi, sya pohon ampun”

Sebagai manusia biasa sememangnya kita ada melakukan kesilapan dan dalam secara tak sengaja akan boleh singgung perasaaan orang namun kita juga haruslah berhati-hati dalam bahasa dan pertuturan agar tidak menyakitkan hati orang lain. Kalau banyak kali, susah juga kan.

Apapun, Datuk Seri Aliff Syukri kini akan tampil dengan satu lagi lagu baru yang berjudul Cowok Baru.

Share this on...