Ini senarai penuh harga barang-barang OOTD Cik B, nilainya RM118 ribu

21,129 views

Baru-baru ini anak kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen, telah masuk berita utama portal hiburan setelah bapa kandungnya menuntut hak bertemu dan bermalam dengan anak-anak.

Kisah ini jadi topik panas juga, yang mana ramai nak tahu apa kisah disebaliknya. Melalui satu kenyataan ringkas, Datuk Seri Vida ada berkata dia pun keliru dengan pemintaan bekas suaminya itu.

Malahan Datuk Seri Vida berkata, kedua-dua anaknya itu yang tak mahu berjumpa dengan ayah kandung mereka kerana ada perasaan takut.

Namun Datuk Seri Vida tak mahu mengulas lanjut tentang hal berkenaan dan memerlukan sedikit masa untuk bercerita lanjut tentang isu ini.

Apabila nama sedang naik, sudah tentu ramai yang pergi tengok ke laman media sosial milik Cik B ni. Semua sibuk nak usha dan tengok perkembangan terkini Cik B, yang baru berusia 15 tahun.

Kalau tengok di IG Cik B, remaja ini ada upload gambar terkininya memakai pakaian yang amat bergaya. Yelah, sekarang ni kan trend buat ootd atau nama penuhnya outfit of the day.

Netizen telah memeriksa nilai penuh pakaian dan accessory yang dipakai oleh Cik B itu, dan ianya amat mewah.

Outfit Cik B di gambar berkenaan dianggarkan telah mencecah RM118 ribu ringgit, fuh memang amat mantap.

Dari gambar, barang paling mahal ialah jam tangan jenis Omega bernilai RM85 ribu. Ianya adalah Omega Planet Oceon Diamond Bezel, jam tangan mewah bermutu tinggi.

Beg Cik B pula adalah jenama Louis Vuitton Turner dianggar berharga RM13 ribu dan cincin Gucci berharga RM5 ribu serta satu lagi cincin dianggar mencecah belasan ribu ringgit.

Ini senarai penuh barang dan harga outfit Cik B menerusi gambar berkenaan, yang dinilai oleh Street Wear Busta Malaysia.

Melihat harga pakaian yang dikenakan oleh Cik B, ramai yang terlopong mulut dan kagum, remaja muda ini bergaya sakan dengan nilainya yang dah mampu beli sebuah rumah.

Ada juga follower yang minta kerja kosong dengan Cik B, seperti nak jadi maid dan nak jadi pembantu peribadi khas Cik B.

Apapun, Cik B memang mampu, selain ibunya ahli perniagaan bertaraf jutawan, Cik B sendiri pun dah berniaga macam-macam, malah dah mula jadi pelakon untuk drama Lelaki Lingkungan Cinta.

Share this on...