Mira beli kereta baru lagi, View Chin pun pelik

2,131 views

Amirah Aqilah atau Mira memang terkenal sebagai seorang host untuk syarikat perniagaan View Chin. 

Mira dan View Chin kini dilihat semakin mesra bersama, dan secara terbuka menunjukkan hubungan mereka. 

Dari segi kerjaya, kedua dua mereka dilihat terus maju ke depan dan amat berjaya. 

Produk-produk yang mereka jual, memang laku keras. 

Kejayaan yang dicapai membolehkan Mira membeli sebuah kereta mewah. 

Melalui satu video, View Chin muat naik satu video menemani Mira membeli kereta baru jenis Mercedes. 

Kata View Chin, kereta yang dibeli semua hasil titik peluh Mira sendiri. 

“Beli Mercedes lagi. Syok la, setahun tukar satu kereta.” 

“Saya nak cakap, bukan saya yang beli. Jangan cakap saya yang beli.” 

“Macam mana tiap-tiap tahun pun boleh beli kereta.” 

“Dari first car dulu pun, semua dia yang beli sendiri.” 

“Kereta ni pun dia beli sendiri.” 

“Saya pun pelik, macam mana setiap tahun boleh beli kereta baru, beli Mercedes lagi.”  

Dari video itu, View Chin ada tanya Mira macam mana dia berjaya membeli kereta baru lagi. 

Mira menjawab semua hasil kerja kerasnya sebagai pengacara dan juga melakukan affiliate. 

Sebelum ini, Mira telah membeli sebuah kereta baru Mercedes jenis A250 jenis sporty. 

Kali ini Mira membeli pula kereta Mercedes berwarna kelabu jenis C200. 

Ini video Mira mengambil kereta baru Mercedes. 

Untuk info, tak lama dulu, nama View Chin menjadi bualan ramai ekoran isu melibat orang ketiga dalam perkahwinannya bersama Shermine Ah Moi. 

Wanita yang terlibat sebagai orang ketiga ialah pekerjanya sendiri bernama Amirah Aqilah. 

Kisah ketiga tiga mereka menjadi tular dan mendapat liputan meluas pihak media. 

Akhirnya View Chin berpisah dengan Ah Moi dan kini menjalin hubungan dengan Mira.