Isteri sedang hamil, Irwansyah terus buat lif dalam rumah

13,380 views

Umum dah tahu selebriti negara jiran yang pernah popular di Malaysia iaitu Irwansyah dan isterinya Zaskia akan timang anak pertama mereka setelah lebih kurang satu dekad berkahwin.

Ternyata menerima kehadiran orang baru dalam keluarga memang satu rahmat dari tuhan dan ini membuatkan pasangan suami isteri ini benar-benar bersyukur dan rasa teruja.

Persiapan yang rapi telah dibuat oleh Irwansyah untuk memberi keselesaan buat isterinya yang sedang berbadan dua itu.

Dari satu laporan portal hiburan seberang, Irwansyah akan membawa isterinya untuk pindah ke rumah yang baru dan sudah tentu ianya lebih selesa dan sesuai dengan kehadiran cahaya mata kelak.

Irwansyah yang pernah popular dengan lagu Pencinta Wanita dan My Heart ini berkongsi sedikit tentang rumah baru untuk family nya itu.

Katanya rumah berkenaan kini masih lagi sedang di renovate dan yang mencuri perhatian, Irwansyah telah buat satu lif di dalam rumah berkenaan.

Ianya demi memikirkan keadaan isterinya yang kini sedang berbadan dua dan dengan adanya lif, ini akan memudahkan pergerakkan.

“Di sini merupakan tempat untuk tengok rancangan televisyen, kemudian ada ruang untuk family rehat dan santai, malah ada juga tempat khas untuk Zaskia exercise. Sebenarnya saiz rumah ini tak lah terlalu besar namun ianya cukup untuk family saya ini.

“Dan akan ada lif di rumah ini kerana risau nak biarkan Zaskia naik turun tangga apatah lagi ketika dia sedang mengandung. Oleh itu, dia gunakan lif saja untuk naik turun dalam rumah ini”

Irwansyah dan isteri sedang giat buat persiapan untuk sambut sulung mereka itu yang dijangka lahir dalam tahun depan.

Sebelum ini telah tular berita bahawa Irwansyah dan Zaskia kini menantikan kehadiran anak pertama setelah hampir 10 tahun berkahwin. Dari laporan usia kandungan masih lagi dalam trimester yang pertama. Pasangan ini akui telah buat rawatan IVF untuk mendapatkan zuriat mereka dan ianya telah berhasil.