Its a boy, Siti Nurhaliza hamil anak lelaki, nama diberi Muhammad ‘A’

1,274 views

Ini perkembangan terkini tentang kandungan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Sebelum ini Siti Nurhaliza ada buat pengumuman bahawa dirinya dah sah hamil anak kedua.

Pada malam tadi, semalam, pada tarikh 12 Disember (12.12.2020), Siti Nurhaliza yang mesra disapa dengan anam Tok Ti telah umumkan jantina anak yang bakal dilahirkan itu.

Satu pengumuman dan pendedahan khas dibuat oleh Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa dalam satu rancangan yang disiarkan secara langsung.

Di rancangan berkenaan, Datuk Khalid dan Siti Nurhaliza memecahkan belon dan kemudian diketahui anaknya itu adalah lelaki.

Kemudian, Datuk Khalid mengatakan oleh kerana anaknya lelaki, nama anaknya itu nanti akan bermula dengan nama awal Muhammad dan diikuti dengan nama bermula pangkal huruf A. Namun nama penuh belum diputuskan lagi.

 “Semua anak lelaki saya bermula dengan nama Muhammad dan kemudian nama seterusnya akan bermula dengan huruf A. Saya amat bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan ini, cukup indah”.

Ini pula komen dari Siti Nurhaliza setelah mengetahui bahawa dia bakal menimang anak lelaki.

“Syukur, alhamdulillah, semoga semuanya akan sihat, jalan sempurna dan anak akan jadi anak yang soleh. Allah telah kurniakan sepasang anak dan ini amat bermakna. Doakan saya ketika sepanjang proses kehamilan ini”.

Dalam pada itu, tentang anak sulung Siti Nurhaliza iaitu Aafiyah, sepanjang ibunya mengandung, dia dilihat seperti gembira dengan perkhabaran berkenaan.

“Saya tidaklah begitu pasti sama ada dia faham atau tak. Namun begitu dia memang tahu ada baby di dalam perut saya. Kemudian saya juga selalu tunjuk kat dia gambar scan dalam kandungan kat dia. Apabila tanya Aafiyah, mana baby, dia terus datang dan cium di bahagian perut. aMemang nampak Aafiyah pun lebih manja dah sekarang ni”.

Tahniah buat Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid. Semoga segala urusan berjalan lancar.

Share this on...