Kau yang tak nak berkerjasama dengan JAKIM, individu dedah hal sebenar

3,217 views

Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan isu jutawan kosmetik iaitu Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih suka dikenali dengna nama Nur Sajat kerana dia telah mengerjakan ibadah umrah dengan berpakaian wanita serta bertelekung sepanjang berada di tanah suci, kes ini lantas jadi viral di Malaysia sampai ramai yang marah.

Gara-gara tindakan yang dilakukan oleh Sajat ternyata ramai pihak terutamanya netizen telah mengesa pihak berkuasa agar segera meyelasaikan isu kecelaruan identiti usahawan ini.

Jika sebelum ini Sajat telah pun mendakwa dengan memberi kenyataan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM langsung tidak memberi apa-apa panduan dalam melakukan proses bagi mengetahui status identiti jantinanya.

Ekoran daripada isu tersebut ternyata ia amat mengelirukan ramai pihak namun menurut sumber daripada JAKIM pula pihaknya sudah banyak kali menyalurkan panduan yang harus dilakukan oleh Sajat.

Seorang individu wanita telah pun mendedahkan bahawa sebenarnya Sajat telah pun sengaja memfitnah pihak JAKIM melalui kenyataanya itu kerana pihak JAKIM sememangnya telah memberi panduan bagi menolongnya.

Individu tersebut juga telah mengeluarkan berberapa bukti menerusi screenshot daripada perbualan daripada aplikasi WhatsApps berkenaan isu tersebut.

Ini komen daripada bukti perbualan tersebut:

“Jangan pula nak fitnah kat JAKIM. Dr Izwan dah pun sedia upaya nak sahkan jantina kau wahai Encik Sajat. Kau tahu apa padah nye? Perbualan aku dengan pihak JAKIM pada 21 Januari 2019 untuk mengesahkan jantina kau. Tapi kau yg tidak mahu bagi kerjasama pada masa tu. Dah-dahlah Sajat. Aku bagi bukti sedikit saje untuk mengelakkan fitnah yg dibuat kepada pihak JAKIM”

Jika benar dakwaan yang dikatakan oleh Sajat bahawa dia adalah seorang perempuan atau khunsa seperti yang didakwa, ramai yang mahu Sajat segeralah pergi membuat pengesahan daripada pihak perubatan agar semua kebenaran akan terbongkar.

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran tweet, dikatakaan pihak JAKIM akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor iaitu JAIS untuk selesaikan isu identiti Sajat.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Paimuzi Yahya menulis satu kenyataan menerusi laman media Twitter, ini tulisnya: “Agar kerja yg dibuat secara bijaksana, hikmah dan juga tuntas, kali ini kita telah pohon kerjasama dengan pihak JAIS untuk ambil langkah yg sesuai di bawah bidang kuasa negeri Selangor”

Ramai yang tak sabar nak tengok tindakan dari JAKIM dan juga JAIS. Semoga kali ini semuanya terungkai.

Share this on...