Kedai tutup, Tok Ram silap gunting rambut, terus senget

2,614 views

Ketika ini perintah kawalan pergerakkan dilanjut dua minggu lagi sampai 14 April, maka semua premis selain yang dinyatakan oleh kerajaan kenalah tutup. Ini termasuklah kedai gunting rambut.

Dek kerana hal itu, composer popular, yang juga juri tetap rancangan Gegar Vaganza iaitu Datuk Ramli MS atau Tok Ram telah mengambil keputusan untuk potong rambutnya sendiri di rumah.

Dan ternyata hasilnya agak kelakar serta menjadi bahan gelak. Ini setelah Tok Ram sendiri muat naik hasil dia potong rambut sendiri di laman instagram miliknya semalam.

Kalau dilihat memang habi senget benget rambut, di sebelah kiri dan sebelah kanan tak rata dan satu atas satu lagi ke bawah.

Paling lucu apabila Tok Ram sendiri menggelar fesyen rambut nya itu bagai satu seni.

Ini tulis Tok Ram: “Apabila kedai mamak untuk gunting rambut dah pun tutup, jadi buat sendiri sajalah. Lepastu habis salah potong pula. Habis telingkup semua haha. Sebelah tingi sebelah rendah. Ini dah kira macam art la kan.”

Rambut Tok Ram Kiri
Rambut Tok Ram Kanan

Ini pula komen dari beberapa rakan artis. Kata Fadbocey: “steady lah Tok Ram, ada tertinggal sikit je tu. Semoga Tok Ram sentiasa sihat”

Ini pula komen dari pelawak Achey: “Terbabas ke rambut tok”

Rahim Raja Lawak turut menulis komen: “Potong pakai mesin rumput ke Tok Ram”

Sementara ada segelintir netizen yang memberi pendapat agar Tok Ram minta isterinya iaitu Alyah untuk bantu tolong dan trim rambutnya tu. Memang idea yang paling bagus.

Dalam pada itu, ada juga yang berkata baik potong dan shave saja kasi botak licin rambut Tok Ram itu, lagi mudah tak perlu nak fikir dah.

Ada juga sempat memuji dan menyedapkan hati Tok Ram dengan mengatakan gaya berkenaan memang trend terkini.

Malahan followernya turut memberi komen dan menyatakan selepas perintah kawalan pergerakkan ini habis nanti, rambut tu dah pun panjang semula dan lagi dua minggu tak nampak senget dah.

Share this on...