16 pekerja Istana positif, ini yang dilalui Permasuri Agong dan keluarga

2,772 views

Kini telah disahkan bahawa 16 orang pekerja di Istana Negara positif menghidapi jangkitan corona. Perkara ini dijelaskan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan kata permasisuri lagi, kesemua kakitangan istana itu sedang diberi rawatan sewajarnya ketiak ini.

Permaisuri Tunku Azizah juga membuat satu kenyataan yang mana, satu keluarganya disahkan negatif dari virus berkenaan. Akan tetapi pihak doctor telah memberi nasihat dan keluarga agong kini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari.

Permaisuri agong Tunku Azizah akui amat bersyukur kerana keputusannya tak positif. Ini komen dari permaisuri.

“Saya dan semua ahli keluarga kini duduk secara asing di dalam bilik masing-masing. Kami hanya melambai daripada jauh saja. Kami tak dibenarkan ada pelawat malahan tak ada sesiapa pun yang diberi kebenaran untuk naik ke atas di istana.

“Hanya kami ahli keluarga sahaja yang ada kat atas. Tak ada sesiapa termasuk pelayan mahu pun sebarang penjaga atau bodyguard. Tuanku Agong dan anak semuanya buat sendiri. Ini termasuk cuci dan kemas bilik kami sendiri sebab kami semua dah dilabelkan sebagai high risk kerana kami ada dengan mereka yang ada keputusan positif.

“Syukur, alhamdulillah kami semua okey. Dah buat banyak kali ujian dan semuanya negative. Lepas buat ujian swab dan lepas itu juga kena sentiasa berjaga”

Kalau ikutkan tarikh, Tunku Azizah dan keluarga diraja kini sedang jalani kuarantin sehingga 9 April nanti.

Mengambil inisiatif ketika tempoh kuarantin itu, Tunku Azizah menyatakan mereka sekeluarga dan kakitangan Istana Negara menghabiskan masa untuk bertadarus.

“Kami semua self-quarantined, dan juga bertadarus. Kami doakan agar kes ini akan dihapuskan. Saya turut doa supaya pekerja-pekerja Istana dan bodyguard yang telahpositif akan sembuh cepat dan juga kepada semua rakyat Malaysia.

Baginda turut tampil memberi nasihat kepada orang ramai agar sentiasa patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Jangan keluar dan jangan degil, itulah nasihatnya.

Semoga kes corona ini akan selesai dengan cepat dan segala urusan semua orang dipermudahkan, amin.