Kenyataan penuh Mira Filzah, terima pinangan Wan Emir

5,264 views

Sebagai seorang selebriti paling popular di Malaysia, Mira Filzah sering jadi tumpuan media terutama kisah peribadinya. Pada hari ini, akhirnya pelakon manis ini akui sudah terima pinangan jejaka bernama Wan Emir Astar.

Wan Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bahagian Tugas-Tugas Khas iaitu Datin Mastura Yazid.

Melalui beberapa laporan, Mira Filzah menyatakan ketika ini persiapan majlis perkahwinan mereka berdua sedang giat dibuat.

“Status sekarang dah bertunang. Saya dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan ketika ini sedang dalam fasa on-going iaitu persediaan. Tentang persediaan yang sudah dilakukan, ada yang Tanya berapa peratus, namun saya tidak dapat nak beritahu sebab masih awal lagi”.

“Oleh kerana pihak kerajaan pun dah beri kebenaran jumlah bagi tetamu di sebuah majlis perkahwinan adalah seramai 250 orang, makanya sudah pasti saya akan sediakan tempat untuk pihak media. Nanti saya akan beritahu jika semuanya dah tersedia”.

Mira Filzah bagaimanapun tidak mahu terlalu terbuka untuk berbicara tentang soal peribadinya, akan tetapi tetap akan beritahu pada umum sekiranya akan berkahwin.

“Saya taklah terlalu open sangat cakap pasal peribadi. Biasa saja. Mira akan masih keep personal live sebagai private juga. Dan memang sekarang ni status sekarang ini saya merupakan pinangan orang”.

Diimbas kembali, Mira Filzah sebelum beberapa dikaitkan dengan Wan Emir termasuklah apabila adik Mira ada memanggil Wan Emir sebagai bakal abang ipar di media sosial. Mira Filzah juga ada dilihat bersama Wan Emir di beberapa majlis rasmi.

Dari beberapa laporan, ada yang mengatakan pelakon dan pengacar popular ini akan bernikah pada bulan Oktober tahun ini.

Walaupun sibuk dengan persiapan untuk menamatkan zaman bujang, Mira Filzah masih lagi menerima tawaran berlakon dan akan kembali ke set penggambaran tak lama lagi.

Share this on...