Komen Haneesya Hanee lepas menang artis baru ABPBH, ramai terkejut

4,494 views

Bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 yang mula jadi buah mulut ramai apabila kemenangannya telah ditarik balik iaitu Haneesya Hanee sekali lagi jadi bualan ramai.

Ini apabila Ramai yang tak sangka dan terkejut apabila Haneesya Hanee berjaya menggondol anugerah untuk kategori Artis Baru Wanita Popular ABPBH ke-32.

Sebaik namanya diumumkan, ramai netizen yang luah rasa terkejut dengan keputusan tersebut dan ada yang terus persoal kemenangan artis muda berkenaan. Netizen kata dia menang adalah hasil dari undian peminat atau diri sendiri?

Ini antara komen: “Macam mana boleh menang. Popular atas kerja apa. Apalah agaknya pencapaiannya yang boleh dibanggakan. Layak ke dilabel sebagai artis?”

“Apa pencapaian dia? Undi sendiri lah. Serius tak pernah tengok dia menyanyi atau berlakon, atapun DJ radio, pengacara. Dia artis juga ke” itulah antara komen yang dilemparkan oleh netizen di laman FB dan juga IG sebaik nama Haneesya Hanee dinobatkan sebagai pemenang.

Selain itu juga, ada netizen terutama haters Haneesya Hanee yang zahirkan rasa kurang senang dengan aksi Haneesya Hanee di atas pentas yang dilabel over setelah dia menangis dek kerana terharu dengan kejayaannya itu.

Dalam pada itu, ada yang telah sindir secara sarkastik dengan berkata agar trofi itu jangan ditarik balik, kononnya bak seperti kemenangannya di Dewi Remaja tahun lalu.

Sementara itu, Haneesya Hanee telah menulis rasa hatinya di laman IG setelah berjaya menang di ABPBH. Kata Haneesya Hanee, sebeanrnya dia pun tak tahu dia ada peminat.

 “Bila Allah tarik satu, dia akan bagi yang lebih baik. Terima Kasih Abpbh32 untuk Peluang ini. Pemilihan berdasarkn vote Dari fans dan supporters. Tbh bila haneesya tercalon I didn’t believe I had fans. Tapi ternyata I have really beautiful fans that I make them as my family as well. Tanpa usaha korang Hanee tidak akan menang. Terima kasih banyak-banyak.

Apapun, malam tadi dah rezeki buat Haneesya Hanee. Mungkin para peminat Haneesya Hanee nak namanya naik semula selepas ni. Semoga berjaya buat Haneesya Hanee.