Maaf sayang saya tak kuat, suami Abby Abadi

20,482 views

Artis yang suatu ketika dulu sangat popular dengan kumpulan nyanyian Elite dan juga pelakon drama siri Gerak Khas iaitu Abby Abadi dikejarkan ke hosipital pada Ahad lepas kerana dia mempunyai tekanan darah tinggi yang akan membahayakan nyawanya. Oleh itu Abby Abadi dimasukkan ke wad dan kini sedang di pantau 24 jam oleh pihak doktor.

Abby Abadi telah menjelaskan bahawa ketiak ini usia kehamilan dia baru sahaja dah cecah usia 23 minggu lebih kurang lima bulan.

“Doakan mama selalu dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT ya. Mama kena masuk wad malam ini sebab darah terlampau tinggi. Kandungan baru 23 minggu tapi mama dah tak kuat ini. Mohon doa kalian ya. Doakan mama dan baby panjang umur dan selamat dunia akhirat ya”

Dia berharap agar bayi yang dikandungan olehnya itu dilindungi oleh Allah dan berdoa kepada Allah agar dia dan kandunganya selamat dan panjang umur.

Ramai rakan artis serta para peminat telah mendoakan agar kesihatan Abby Abadi serta bayi yang dikandungnya akan selamat dan baik sahaja.

Berita berkenaan Abby Abadi yang hamil terbongkar apabila suaminya Faizal Zakaria atau dikenali dengan nama Jai Ezzanny telah memberitahu umum berita kehamilan isterinya itu pada bulan Jun lepas.

Menerusi media sosial Instagram dia memuat naik caption bahawa Abby Abadi kini dalam pemantauan wad selama 24 jam ekoran keaadaan beliau yang masih belum stabil.

Dia juga menitipkan kata semangat kepada isterinya itu agar tidak risau dan dia ada diluar menunggu isterinya itu dan meminta agar Abby rehat agar Allah memberikan kesihatan yang baik buat isteri serta anak yang dikandungkan itu.

Ini komen Jai: “Maaf sayang Abby abadi saya tak kuat. Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk sayang dan baby. Rehat ya. Sayang dunia akhirat. Moga Allah kembalikan kesihatan sayang muah.

Abby Abadi merupakan bekas isteri kepada Norman Hakim yang kini merupakan suami kepada Memey Suhaiza. Hubungan mereka sekeluarga amat akrab.