“Masa kahwin tak kerja, maid pun bukan kau bayar” Adik Nadia Brian pula dedah perangai Muizz

4,380 views

Mahligai kini telah retak, bahtera sudah kian karam, itulah antara perumpamaan yang boleh dikatakan tentang perkahwinan pasangan Nadia Brian dan Muizz. Muizz telahpun failkan untuk perpisahan mereka di mahkamah dan sedang menanti tarikh.

Tanpa berselindung, Muizz dilihat sering mendedahkan kisah dalam kain tentang apa yang terjadi kepada public. Antaranya ialah kisah tentang terlihat isterinya itu bersama lelaki lain di hotel.

Ekoran agak banyak pendedahan yang dibuat oleh Muizz, adik kepada Nadia Brian tampil mempertahankan kakaknya itu.

Adik Nadia Brian iaitu Lydia Brian telah mendedahkan beberapa point berkenaan sikap abang iparnya itu.

Lydia Brian ada meminta Mr M (didakwa merujuk kepada Muizz) untuk memeriksa kesihatan mental dirinya, kerana banyak sangat membuka cerita isteri kepada orang ramai. Malahan dia juga mengatakan agak malu jika berkahwin dengan lelaki seperti Muizz itu.

Malahan Lydia turut mendedahkan bahawa abang iparnya itu tak ada kerja pun ketika berkahwin dengan kakaknya.

Ini antara luahan dari Lydia jom baca.

Selain itu, Lydia turut mendedahkan sikap Muizz ketika mereka datang ke rumahnya dan mahu mengambil barang. Beberapa kali Muizz dilihat bersikap tak gentleman sampaikan tidak bersalam dengan abang Lydia Brian.

First time pergi rumah dia nak ambil barang, namun dia tak ada rumah dan pintu bilik dikunci. Kali kedua ke rumah, dia kunci pagar, dan hanya bercakap dari dalam rumah”.

Dia hanya pandai main permainan dan berlakon. Lepas buka cerita isteri kat media sosial, adakah kau fikir nak bersatu kembali, tidak. Habis kau kacau kerja dan karier dia, habis kehidupan dia”.

Selain itu, Lydia juga mempersoalkan tuduhan Muizz tentang kakaknya masuk ke hotel dengan lelaki lain. Katanya kenapa tak buka pintu bilik hotel berkenaan jika dah tahu Nadia Brian di dalam itu.

Dan yang terakhir, Lydia menasihati ramai jangan menindas kaum wanita kerana mereka dah kuat. Selin itu Lydia juga harap orang luar tak buat tuduhan yang bukan-bukan jika tak tahu cerita yang berlaku.

Diimbas kemabli, Nadia Brian dan Muizz bernikah pada bulan November tahun lalu, 2019. Mereka tidak mempunyai cahaya mata.

Share this on...