Nampak sendiri depan mata, ini pengalaman Puteri Aishah

5,482 views

Puteri Aishah antara ribuan rakyat Malaysia yang telah disahkan positif virus Covid 19. Kisah pelakon ini mendapat perhatian netizen dan semua yang mebgikuti dunia hiburan tanah air. Ketika ini, pelakon cantik ini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Sepanjang di hospital, Puteri Aishah telah berkongsi pengalamannya melihat sendiri keadaan sebenar dan meluahkan rasa kagum dengan para frontliner yang berjuang virus berkenaan.

“Saya rasa amat kagum melihat sendiri komitmen semua frontliner. Mereka dilihat amat bersungguh-sungguh untuk bendung penyakit ini.  Sila bayangkan, kalau diri kita ni nak pakai topeng muka pun rimas, apatah lagi para frontliner yang terpaksa pakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk satu jangka yang amat lama”.

“Bahkan mereka semua para frontliner telah pertaruhkan diri mereka sendiri dengan jalankan tugas seperti ini, satu risiko yang besar. Melihat sendiri mereka di depan mata, ini sekaligus buat saya rasa insaf dalam diri ini. Oleh itu, diharapkan sila lah patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang diperintahkan. Sila kesiankan semua frontliner yang sedang mengerah keringat untuk virus ini”.

Berdasarkan pengalamannya, Puteri Aishah turut memberi saranan agar semua orang janganlah takut untuk nak buat test saringan.

“Saya tahu memang ramai yg rasa takut utk buat test saringan sebab rasa bimbang tidak mampu nak terima kenyataan jika disahkan positif. Bagi saya, lebih baik jika kita buat test awal dari menyesal kelak. Jangan lah pentingkan diri. Fikir keselamatan orang sekeliling juga”.

Selain itu bekas pesert Dewi Remaja ini sempat bercerita tentang pengalamannya naik ambulan dan di asingkan di dalam sebuah bilik untuk menerima rawatan. Ini pengalaman Puteri Aishah.

“Saya telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dirawat pada hari Rabu. Pihak Ambulans datang amik saya di rumah. Lepas urusan pendaftaran, saya dibawa ke satu bilik yang mempunyai empat katil.

“Dalam bilik itu, kami telah dipisahkan oleh tirai yang sentiasa ditutup. Ketika ini, keadaan saya stabil sahaja. Saya tidak ada gejala seperti demam, batuk mahupun sesak nafas. Doktor ada dedahkan bahawa saya ada sedikit jangkitan kuman di bahagia paru-paru. Kalau tengok fizikal, saya nampak okay je”

Itulah pengalaman yang dikongsikan oleh pelakon Puteri Aishah. Semoga Puteri terus cekal dan akan sembuh tak lama lagi.