Kenyataan Datin Shahida setelah ibu mentua unfollow IG nya

4,430 views

Kisah perkahwinan antara jutawan popular Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kini masih lagi hangat diperkatakan dan sering jadi tanda tanya.

Umum pun dah tahu bahawa Aliff Syukri dan Shahida kini sudahpun saling tak ikuti atau istilah lebih mudahnya, dah unfollow akaun Instagram (IG) sesama sendiri.

Dalam perkembangan terkini, ibu kepada Aliff Syukri, yang merupakan salah seorang ikon dalam bidang perusahawan iaitu Rozita Ibrahim pula dilihat ikuti jejak anaknya dengan unfollow menantunya itu di laman IG. Ini sekaligus, menguatkan lagi kisah yang mengatakan rumah tangga mereka berantakan.

Apabila di tanya tentang isu unfollow di laman media sosial, Shahida menyatakan, dia tidak tahu ibu mentuanya dah pun unfollow dirinya di IG. Ini komennya.

“Saya sebenarnya tidak perasaan ttg hal itu. Kalau tidak diberitahu, saya memang tidak tau. Namun begitu, saya berpendapat itu merupakan haknya dan pilihan masing-masing.

“Secara jujurnya, saya juga sebelum ini langsung tidak tahu bahawa suami, Aliff Syukri dah unfollow saya tempoh hari. Saya hanya tahu daripada komen orang ramai. Tapi, tidak apalah, saya tidak ambil pusing sangat pun”

Bercakap tentang perkembangan kehidupannya ketika ini terutama di saat PKP, Shahida menyatakan bahawa dia dan anak-anak sihat saja di rumah.

“Syukur, alhamdulillah, saya dan anak-anak semuanya dalam keadaan baik saja. Kami semua sihat. Kalau ikutkan, saya hanya keluar rumah jika barang dapur dah habis, selebihnya masa saya banyak bersama anak-anak”

Di tanya tentang isu bahawa dia telah failkan perceraian di mahkamah, Shahida tak mahu beri sebarang komen lanjut.

“Minta maaf, saya tidak dapat nak bagi komen ttg hal itu. Bagi saya, ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap isu perceraian. Sekarang, satu dunia sedang berhadapan dengan isu virus. Dengan itu, fokus saya ketika ini ada keselamatan anak-anak”

Menerusi laporan beberapa portal hiburan tanah air, kes perbicaraan antara Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida akan dijalankan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan, yang mana baru sahaja dilanjutkan sehingga hujung bulan April.