Nenek Che Ta pergi buat selamanya di hari raya

2,557 views

Satu berita duka telah diterima oleh Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa dengan nama Che Ta. Pelakon ini memberitahu bahawa neneknya telah pergi buat selamanya. Arwah telah hembus nafas terakhir di hospital yang terletak di Jitra, Kedah, pada jam 5.06 petang, semalam. Arwah nenek Che Ta bernama Munah Hadi dan kini sudah pun berumur 91 tahun.

Che Ta berkata memang amatlah sayu apabila nenek tersayang pergi tatkala umat Islam sedang sambut ketibaan bulan Syawal.

Jelasnya lagi, arwah neneknya itu telah pergi buat selamanya kerana sakit tua dan arwah telah dikebumikan selepas solat Isyak, malam semalam.

Walaupun adanya perintah kawalan pergerakkan, Che Ta dan keluarga telah pulang ke kampong untuk berjumpa arwah neneknya itu buat kali terakhir.

Che Ta berkata, arwah memang dah selalu dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan, sejak kebelakangan ini. Dan diberitahu bahawa keadaan nenek semakin uzur dan dibawa ke hospital pada malam hari raya.

Ini komen Che Ta: “Saya dan family telah cepat-cepat balik ke Jitra, sejak dari tengah hari hari raya pertama lagi. Saya sempat tengok wajah dan berada di sisi tok sebelum arwah pergi buat selamanya, menghembuskan nafas terakhir. Sebelum ini, saya sempat melawat arwah ketika dia tak sihat dan masuk ke hospital, beberapa bulan lepas.

“Saya redha dengan pemergiannya, walaupun family saya amat sedih dengan pemergiannya. Sebenarnya arwah tok jaga saya masa kecil. Arwah nenek tinggal dengan mak dan adik beradik yang lain. Sebab tu saya boleh dikatakan membesar dengan adanya tok. Saya dan adik beradik saya juga selalu bergilir-gilir jaga dan layan jika arwah nenek dating melawat ke Kuala Lumpur.”

“Ya Allah, maafkanlah segala dosa tok, kurniakanlah rahmatmu kepada rohnya, serta tempatkanlah tok bersama dengan mereka yang amal soleh. Amin.”

Takziah diucapkan kepada Che Ta sekeluarga. Sama-sama kita doakan arwah neneknya. Al fatihah.