Pertama kali anak demam, Elfira Loy gelisah, cerita apa yang terjadi

871 views

Ibu mana yang tak risau kalau berlaku sesuatu pada anak, apatah lagi kalau ianya pertama kali berlaku dan tak ada pengalaman.

Itu yang terjadi kepada Elfira Loy apabila anak sulungnya Rayyan telah pertama kali alami symptom demam. Sudahlah tentu Elfira risau apatah lagi sekarangkan ada wabak.

Elfira telah berkongsikan hal ini di laman media sosial dan bertanya pendapat para followernya.

“Baby handsome saya alami fever hari kedua. Last night suhu dia sampai mencecah 37.6 darjah Celsius dan sekarang dah kembali kepada 37 darjah celsius. Hopefully it will get better and better soon.”

“Sebenarnya ini adalah first time Rayyan kena demam sejak dari baby sampailah dah besar panjang ni. Harapnya dia kena demam ni sekejap sajalah.”

Elfira turut bercerita bahawa ibunya membantu menjaga anaknya itu ketika demam, maklumlah ini pengalaman pertama Elfira.

“So what I did, ibu saya mandikan dia with air biasa saja, tap water. Kemudian sentiasa lap badan dia (tepid sponging) dan kemudian tampalkan cool fever di dahi.”

“Tengok bila dia nak tidur nampak macam tak berapa selesa, jadi saya pasanglah zikir ubat penyakit sebabnya Rayyan selalu jadi lebih tenang jika dengar bacaan Quran dan zikir. Kemudian saya pasang juga diffuser, saya guna bau lemon and thieves essential oils, barulah akhirnya dia dapat tidur.”

“Bila malam pula, sebab berterusan nampak uncomfortable dia pun tidur atas bahu dukung sambil berdiri.”

Elfira juga bertanya kepada orang ramai, selalunya bila dorang akan bawa anak jumpa doktor jika anak mereka demam.

“Jadinya bilakah kalian akan bawa anak untuk berjumpa dengan doktor buat pemeriksaan. Atau kena tunggu dengan sabar sampailah demamnya akan hilang.”

Banyak jawapan dari para follower dan rakan-rakannya. Ada yang minta bawa doktor bila hari ketiga, dan nampak tak pulih.

Ada juga yang mendoakan dan menulis komen ucapan get well soon kepada baby Elfira Loy itu.

Share this on...