“Sampai bila nak biarkan dia berfantasi” ~ pereka fesyen harap Aliff Syukri sedar diri

5,939 views

Fashion designer, Ezuwan Ismail tampil menyelar nyanyian oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi satu entry, Ezuwan mengatakan suara seorang Datuk yang mengeluarkan lagu raya beberapa hari lepas, tidaklah sesedap mana dan kenalah sedar diri.

Malah Ezuwan berkata suaranya lagu lunak dari suara Datuk berkenaan yang disyaki ditujukan kepada Aliff Syukri.

Ini komen dari Ezuwan: “Aku rasa suara aku lagi sedap daripada suara Datuk tersebut. Better amat banyak dari dia. Suara aku tak perlu nak auto tune, suara original.

Akan tetapi Datuk tu memang mempunyai kenyakinan yang tinggi sampai boleh terpelanting penyanyi lain. Apapun, bagi aku, Datuk tu kenalah sedar kemampuan diri, baik dia fokus buat business saja. Siapa setuju dengan aku.

Untuk pengetahuan, Ezuwan Ismail juga mempunyai sebuah lagu raya iaitu Rindu Lebaran yang dikhabarkan telahpun masuk radio.

Menerusi satu laporan dari Media Hibiuran, apabila ditanya tentang penulisannya di IG itu, Ezuwan tak berselindung lagi dan mengatakan memang ianya ditujukan kepada Datuk Seri Aliff Syukri.

Habis itu, pada siapa lagi kalau bukan dia (merujuk pada Aliff Syukri). Saya malas nak tulis jelas namanya, kalau letak lagi banyak publisiti percuma dia dapat.”

Tak perlu nak nyanyi auto tune sangatlah. Memang dia ada keyakinan dia tinggi. Saya pun pernah kena kritik suara tak berapa elok, malah Rozita Che Wan pun pernah label saya nyanyi macam tercekik sudu.”

Tapi saya sedar mutu suara saya, tapi tak lah seteruk Datuk tu. Saya ni siap pergi ke kelas nyanyian. Pendek kata, syara saya memang jauh lagi better dari suara dia.

Dia dah ada beberapa lagu, namun kalau dengar, memag tak ada peningkatan. Baik tak menyanyi kerana memang dia tak boleh menyanyi pun.

Rasanya cukup-cukuplah. Baik dia fokus kepada perniagaan atau buat benda viral lain macam selalu dia buat tu.” katanya.

Ezuwan menambah dia dan Datuk Aliff Syukri sebenarnya saling mengenali, sebab tu dia berani nak tegur.

Kami masing-masing pernah jumpa dan bertegur sapa. Saya rasa tak salah kalau saya tegur. Sampai bila nak biarkan dia berfantasi buat benda yang tak perlu seperti menyanyi.

Itulah padangan serta pendapat dari Ezuwan Ismail tentang nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri.