“Saya bukan jenis bangun pagi, suami ya” Risteena bahagia, syukur suami sporting

1,524 views

Kini dah sebulan lebih pasangan popular Risteena dan Isa Khan melayari bahtera alam perkahwinan.

Risteena akui dirinya berasa amat bahagia dan menyatakan dia amat bertuah sebab memiliki Isa Khan sebagai suaminya.

Jelas Risteena, Isa Khan ni seorang yang amat memahami dan suami yang sporting. Bulan Ramadhan ini mereka berdua bahagia kerana dapat berpuasa bersama.

“Di tahun ni, saya rasa amat seronok sekali sebab sambut kehadiran Ramadan dan kemudian akan sambut hari raya pertama kami berdua sebagai pasangan suami isteri. Kami dah mula fikir nak pakai warna sedondon, buat open house dan macam-macam rancangan dah plan.”

“Dulu bujang lain, sekarang kehidupan saya dah ada komitmen. Contohnya dah kena memasak untuk suami. Dulu bangun pagi je emak dah siap masak semua. Sekarang ni, cuci baju pinggan, memasak, dan housework semua kena buat sendiri.”

“Tapi saya rasa seronok kerana suami saya seorang yang amat membantu. Kadangkala Isa juga ada memasak dan cuci pinggan. Saya bersyukur sangat dapat suami yang amat sporting.”

“Saya ni bukan orang yang jenis bangun pagi, tapi suami saya yes. Pada pukul 5 setengah pagi Isa dah siap bangun padahal dia tidur awal. Dia bangun pagi dan terus buat aktivitinya sendiri, walaubegitu Isa tak pernah harapkan saya buat sarapan setiap pagi. Dia tak pernah kejut saya pun. Lepas bangun saya terus cari dia. Dia okey saja.”

“Kemudian, kalau saya tak larat nak masak sebab kepenatan, Isa okey saja untuk order makanan atau makan di luar. Oleh itu saya tak ada rasa susah sepanjang kahwin ni. Dia tak ada tetapkan perkara yang kena sediakan untuk dia.”

“Isa memang serba ringkas orangnya. Tiada yang membuatkan saya rasa susah. Rasa bahagia saja. Sebulan kahwin, semuanya okey.”

Memang bahagia betul pasnagan Risteena dan Isa Khan ni. Untuk info mereka berdia bernikah sebulan yang lalu pada 12 Mac 2021.

Share this on...