Setelah Mira Filzah, Zarina Anjoulie akui sedang bersiap nak kahwin

1,958 views

Zarina Anjoulie Lavocah nama yang cukup penuh diselebungi pelbagai isu. Sebelum ini Zarina sibuk dengan aktiviti membantu orang dalam kesukaran ketika musim perintah kawalan pergerakkan. Dan tiba-tiba namanya meletus setelah adanya isu saman-menyaman antara beberapa selebriti lain.

Hal berkenaan kini sedang dibicarakan di mahkamah dan ramai yang menanti perkembangannya, mklumlah ianya melibatkan sejumlah wang yang agak besar juga, sampai juta-juta.

Dalam pada itu, tentang perihal peribadinya, Zarina Anjoulie tanpa berselindung akui kini sudah mempunyai kekasih hati yang dikenali dengan nama Yas.

Jelas menerusi beberapa perkongsian di media sosial, Zarina memang sedang dalam persiapan untuk berkahwin dengan Yas.

Antaranya ialah persiapan dalam memilih baju pengantin, persiapan ke kursus kahwin, pemilihan untuk berinai dan juga mahu cari jurugambar di majlis perkahwinannya nanti.

Menerusi laporan portal hiburan, Zarina ada mengesahkan bahawa dia akan kahwin tak lama lagi. Ini kenyataan oleh pelakon ini.

“Yes memang betul pun bahawa saya akan kahwin tak lama sahaja lagi, sudah confirm. Saya tak ada nak bertunang pun, kami berdua rancangan untuk terus kahwin atau nikah sahaja”.

“Buat masa ini, persiapan kahwin ni masih lagi awal. Boleh dikatakan baru saja 20 percent saja. Dengan izinnya, saya akan maklumkan nanti tarikh majlis. Harap semua dapat doa agar segala persiapan majlis kahwin kami ini akan lancer dan dipermudahkan”.

Sebelum ini, Zarina ada akui dia telah jatuh hati dengan seorang jejaka yang duduk di sekitar rumah nya sahaja. Ini pendedahan dari Zarina Anjoulie.

“Akhirnya saya dah pun jumpa jejaka yang suka apa yang saya buat sekarang, iaitu buat kerja amal. Dia ni lelaki yang simple orangnya dan kebetulan pula dia duduk kat area depan rumah saya ni. Kalau ikutkan dah lebih kurang enam bulan juga kami saling kenal mengenali.

“Kalau tentang tema kahwin, saya memang jenis yang suka ringkas, ialah kan saya ni tidak suka nak membazir. Kalau ikutkan, akad nikah, kemudian majlis makan”.

Untuk info, Zarina Anjoulie pernah berkahwin sebelum ini namun jodoh tidak berpanjangan.

Share this on...