“Tak cukup untuk tumbangkan aku” – Calar Balar, PU Abu Kena Bantaikah?

3,066 views

Dek kerana sekeping gambar serta kapsyen yang dimuat naik di laman sosial Instagram PU Abu yang mengambarkan bahawa dirinya telah dipukul.

Caption dari PU Abu yang berbunyi: “Alhamdulillah aku diuji lagi. Aku bersyukur kerana tidak ada apa2 yg berlaku hanya sekadar calar balar cili bili culu bulu di tangan 4 – 5 orang bilangan yang tak cukup untuk menumbangkan aku sebab aku yakin Allah sentiasa ada dengan aku. Allah adalah sebaik2 pelindung. Ujian didik jiwa kita untuk lebih kuat dari siapa kita hari ini,kuncinya hanya satu iaitu SABAR

Akibat daripada perkongsian gambar tersebut, ternyata ia telah menarik perhatian ramai netizen.

Rata-rata respon yang diberikan oleh netizen adalah seperti bahawa ia merupakan satu balasan dari Tuhan mungkin, malah ada yang kaitkan kesakitan yang dirasai hanya lah sebesar hama kalau nak dibandingkan kecewa nya hati perempuan yg pernah kena dengan Pu Abu.

Kebanyakan meninggal komen menyindir PU Abu namun dia tetap membalas komen daripada netizen dengan ucapan terima kasih dan kelihatan bersahaja.

Sebagai rekod, PU Abu telah mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dikenali sebagai Ain Afini pada 31 Ogos 2018 dan bercerai pada 16 Mei 2019 dengan talak dua.

PU Abu dikenali ramai apabila timbul gossip bahawa dia menceraikan bekas isterinya melalui WhatApps semasa Ain Afini sedang sarat mengandung anak pertama mereka.

Dikatakan bahawa punca penceraian mereka adalah bahawa hadirnya orang ketiga dalam rumah tangga mereka iaitu janda anak satu yang dikenali sebagai Hanna Azra.

PU Abu kemudian dikatakan telah berkahwin dengan Hanna secara sah di Malaysia pada sekitar bulan Mei tahun ini.

Namun, desas desus pula mengatakan bahawa hubungan suami isteri yang baru dibina ini dilanda badai da nada yang mendakwa bahawa Abu dan Hana sudah pun bercerai namun tidak dapat disahkan samaada benar atau tidak.