Terlalu mudah maafkan suami, Pavithra dilabel “Bella Astillah 2.0”

448 views

Sekarang tengah panas isu tentang Pavithra dan suami Sugu. Setelah pembuat video popular ini memaafkan suami dan membayar ikat jamin sebanyak RM10000, ingatkan semuanya akan kembali normal.

Namun rata-rata terkejut apabila video-video yang dibuat oleh Pavithra dan Sugu telah dibuang dan delete. Habis semua pendapatan tak lagi dijana di laman video berkenaan.

Ramai yang pelik kenapa perlu buang video berkenaan, kerana selagi ada video itu, mereka akan dapat menjana pendapatan untuk sara family mereka.

Sementara itu, ada netizen yang persoalkan kenapa Pavithra begitu baik kepada suaminya walaupun sebelum ini suaminya bertindak keterlaluan. Malah ada yang melabel Pavithra umpana Bella Astillah yang masih maafkan suami walaupun banyak hal dah buat.

Melihat respon dari netizen yang menggelar Pavithra seperti Bella, ini respon penyanyi dari Sabah ini.

“Korang ini semua nak sibuk tentang Pavithra dan samakan dia dgn saya ni kononnya dia tu macam Bella Astillah 2.0? Hanya kerana dia pilih nak maafkan suami dia?

“Kamu semua mahu dia buat keputusan macam mana? Berpisah terus dan tak perlu nak fikir pasal anak mereka, tentang keluarga mereka.

“Sebenarnya bukan senang mahu buat sebarang keputusan. Perkahwinan ni bukan seperti main masak-masak, tapi ia melibatkan family. Takkan korang nk tengok mereka berpisah dan lepas itu korang pun suka bersorak. Memang saya tak faham apa yang netizen nak. Bila orang lain mula ada salah faham, netizen suruh fikir family dan anak namun begitu bila mereka dah asling memaafkan dan berbaik ada pula netizen suruh berpiash je.

“Lagi baik kalau kita cermin dan tengok kehidupan sendiri. Dia nak single atau terus perkahwinan ke, itu adalah hak dia. Risikonya, dia yang akan hadap lepas ni kerana itu adalah pilihan dia.

“Lepas tu siap ada netizen yang cakap “lepas ni mesti kena lagi teruk”, namun persoalannya, siapa kita nak judge. Perfect sangat ke, malaikat ke.

“Dan juga macam mana kita ni boleh tau tentang future atau apa yang bakal terjadi, semua tak tahu takdir sendiri. Semua ini hanya sementara, hidup ni kan ibarat roda. Jadi kita semua wish Pavithra dan suami yang baik-baik saja.

Itulah komen dari Bella Astillah tentang isu melibatkan Sugu dan Pavithra.

Share this on...