Ucapan terbaik dari ibu Mira Filzah tentang erti sebenar perkahwinan

36,282 views

Kini semua adik beradik Mira Filzah telahpun berkahwin. Seramai tiga anak perempuan, ibu bapa Mira Filzah kini syukur anaknya semua telah lengkap dikurniakan pasangan masing-masing.

Melalui satu caption di laman IG milik ibu Mira Filzah, puan Faizatul Akmar Hisan memberi ucapan khas buat Mira Filzah dan anak perempuannya yang kini semua dahpun bergelar isteri.

Antara bait-bait kata paling win dari ibu Mira Filzah ini ialah definisinya tentang rumah tangga yang sempurna. Jelas ibu Mira, rumah tangga yang sempurna adalah rumah tangga yang tak ada nak harapkan kesempurnaan, memang satu ungkapan yang amat tepat dan baik.

Jom baca ucapan penuh dari ibu Mira Filzah, puan Faizatul Akmar Hisan kepada anak-anak perempuannya, dan juga menantunya.

“Syukur pada Allah, segala pujian buat kepada yang maha pemurah lagi mengasihani, tuhan yang mentadbir sekalian alam ini, alhamdulillah. Dengan izinnya maka telah lengkaplah keluarga kami ini.

“Dari dikurniakan tiga orang anak perempuan, akhirnya Engkau telah mendatangkan pada kami tiga orang anak lelaki. Malah kini, family ini turut diserikan dengan kehadiran seorang cucu.

“Terima kasih padamu, kurniaan darimua Ya Allah amat besar kepada hamba mu yang teramat kerdil ini. Semoga Engkau akan terus lindungi kami, beri bimbingan pada kami dan tunjukkan jalan yang lurus untuk kami sekeluarga.

“Kepada semua anak-anak perempuan mak Ain Farhanah, Amirah Filzah dan Aina Fadhilah serta anak-anak menantu lelaki mak, mak dan juga abah amat sayang kepada kalian.

“Sila jaga agama, diri kalian dan juga family kalian dengan baik. Mak sentiasa akan doakan agar semua anak mak bahagia dunia dan akhirat.

“Pesanan mak ialah bahagia bukanlah jika kita memiliki segala-galanya, namun kebahagiaan sebenar adalah apabila kita cinta apa yang kita miliki. Layari perkahwinan kamu semua seacra sederhana sebabnya perkahwinan yang sempurna ialah perkahwinan yang tak harapkan kesempurnaan.

Tahniah buat keluarga Mira Fizlah, semoga semua adik beradik Mira Filzah kini bahagia dengan pasangan masing-masing.