Uqasha Senrose berbicara tentang hubungan dengan Kamal Adli

823 views

Antara selebriti yang menjadi tumpuan ketika ini sudh tentulah dua pelakon popular tanah air iaitu Uqasha Senrose dan juga Kamal Adli.

Mereka berdua menjadi rapat setelah berlakon bersama dalam drama berjudul Setelah Terlafaznya Akad yang diarahkan oleh Michael Ang sekitar tahun 2019.

Sejak itu, ramai yang dapat melihat hubungan kedua pelakon ini bagaikan pasangan kekasih dan menjadi amat akrab. Sejak akhir-akhir ini, kedua mereka juga nampak lebih terbuka dalam menunjukkan kemesraan mereka di laman IG.

Namun begitu, kisah ini masih lagi belum terjawab dan status hubungan antara Uqasha Senrose dan juga Kamal Adli belum diketahui.

Malahan, di majlis hari lahir Uqasha baru-baru ini, Kamal Adli antara yang dilihat hadir di majlis berkenaan.

Apabila ditanya tentang hal ini dan apakah status mereka berdua, ini jawapan dari tuan punya badan, Uqasha Senrose. (Berita Harian)

“Jika nak tanya tentang Kamal Adli, lebih baik, tanya dia lah. Kan lebih manis kalau pihak lelaki yang cakap hal seperti ini jika nak banding dgn pihak perempuan.

“Bagi saya, ketika ini, saya dan dia amat selesa berkawan. Tidak salah jika berkawan kan. Saya pun tidak tau jodoh saya dengan siapa. Oleh itu, saya terbuka kalau nak kawan dengan sesiapa pun”

“Kalau pun berkenalan dengan seseorang tu, masih belum pastu individu tu jodoh kita. Apa yang lebih pasti, Tuhan memang dah jadikan kita hidup sebagai berpasangan.

“Tak perlulah nak risau soal jodoh ni. Saya selalu sabar saja dan amat percaya bahawa Tudah dah pun tetapkan jodoh kita semua”.

“Mestilah semua orang pun nak kahwin dan hidup berumahtangga. Namun memang ada juga yang nak hidup single sepuas-puasnya.

“Bagi saya, usia macam sekarang ni, saya memang teringin nak berumah tangga, ada suami dan juga ada anak, tetapi apakan daya, jodoh saya tak sampai lagi.

“Jika dah dah ada jodoh, insya-Allah pasti akan dipercepatkan. Tetapi, kalau dah tak ada jodoh, buatlah macam mana pun, ianya pasti bukan milik kita”.

“Memang dah ada banyak ujian dan rintangan yg saya dah lalui. Kini saya dah pun sedar dan belajar. Hal yang berlaku membuatkan saya baiki diri ini”.

Dalam perkembangan terkini, tatkala isu mereka menjadi buah mulut orang ramai, Uqasha dan Kamal akan sekali lagi berlakon bersama dalam drama bersiri berjudul Perempuan Tanpa Dosa juga merupakan arahan Micheal Ang.

Share this on...