Video penuh: Nur Sajat menangis kena gari

36,107 views

Ahli perniagaan yang juga Instafamous iaitu Nur Sajat Kamaruzzaman telah menjadi trending sekelip mata pada pagi Khamis ini.

Terkenal dengan beberapa isu yang dibuat olehnya, kali ini ada dua video yang viral menunjukkan Sajat sedang menangis dan dikatakan ditahan. Video ini mula bertebaran pada pagi ini dan menjadi buah mulut orang ramai.

Di laman FB bernama Sajat, ada video berdurasi satu minit lebih menunjukkan juatwan ini ada menangis teresak-esak dikatakan dicari oleh pihak berkuasa.

Dapat dilihat dengan jelas Sajat menangis dan sememangnya air matanya keluar. Sajat ada berkata sesuatu namun suaranya tak berapa jelas kerana dalam keadaan sedih dan menangis.

Kemudian, ada satu video TikTok yang mana menunjukkan rakaman video ketika Sajat telah digari dan telah dibawa pergi.

Video itu menunjukkan rakaman sempat dibuat secara live oleh akaun TikTok akaun milik Sajat sendiri iaitu bernama Sajat23.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan tentang apa yang berlaku kepada ahli perniagaan berumur 36 tahun itu.

Ini menyebabkan banyak yang membuat spekulasi yang tersendiri. Ada yang berkata mungkin kes mahkamah dan macam lagi.

Melihat diruangan komen, ramai yang sempat menulis komen berseloroh menulis ayat perli seperti ‘lelaki’ tak boleh menangi dan lelaki kena sentiasa kuat.

Ini antara komen yang ditulis oleh netizen setelah menonton video ini.

Dalam pada itu ramai masih lagi menunggu kenyataan sebenar tentang kes yang berlaku dan terjadi kepada Sajat. Kita tunggu kenyataan rasmi nanti.

Selain berniaga, Sajat merupakan penyanyi dan ada beberapa single lagu, antara yang popular ialah lagu bersama Aliff Syukri berjudul Bobo Dimana dan Abang Nak Tegur yang telah viral beberapa tahun lepas.

Share this on...