10 foto anak sulung Ain Edruce.. Sedap nama baby

5,296 views

Pelakon dan pengacara terkenal, Ain Edruce akhirnya telah tayang wajah anak sulungnya semalam.

Melalui satu video yang dimuatnaik di channel youtube miliknya, Ain Edruce dan suaminya Amirul Hafiz, mendedahkan wajah anaknya buat pertama kali.

Mereka juga telah membuat pengumuman nama anak perempuannya itu. Jom baca komen dari Ain dan juga Amirul.

Nama anak kitorang ialah Soraya Binti Muhammad Amirul Hafiz. Soraya bermaksud cantik. Jadi kitorang bagi nama tu kat dia sebab dia memang cantik macam mummy daddy dia.

Ain tahu ramai sangat yang nak tengok wajah anak, kawan Ain pun tak tunjuk lagi. Sekarang dah berbelas hari, dah boleh tunjuk.

Ain Edruce sempat bercerita tentang pengalamannya ketika proses bersalin yang mana dia melahirkan anak pada 39 minggu.

Kita orang tunggu 26 jam, masuk tengah malam pukul 12, anak bersalin 1 pagi lebih. Sejujurnya saya beranak normal, tetapi saya guna epidural. Sebab tu saya nampak tenang, sampai boleh tiktok lagi. Apapun saya jadi kuat sebab mindset fikir nak tengok anak, tak sabar.

Suami Ain Edruce, Amirul berkata dia kini sedang belajar untuk jaga anak, antaranya basuh dan cuci bila anak buang air.

Masa awal-awal Ain yang basuh kalau anak buang air. Sebab baby kaki kecil. Masa first week. Sekarang saya dah buat. Semasa bersalin, Amirul turut berada di labour room. Perasaan tu best lah. Masa baby keluar, takdelah menangis tapi rasa sebak.

Doktor ada pakai vakum jugak masa nak tarik dia keluar. Masa tu sedih sikit tengok bentuk kepala dia. Ada kesan vakum sikit. Sekarang dah hilang dah kesan tu.

Ain berkata dia telah diberi bantuan untuk bersalin sebanyak tiga kali: “Saya kena induce sebab baby macam tak keluar. Induce tiga kali guys.

Tentang susu, hanya dua hari bagi full formula sebab susu ibu tak ada lagi, dan kemudian bila balik rumah, baru ada susu badan keluar. Sekarang bagi susu badan banyak dari susu formula. Kitorang campur.

Ini pula ucapan dari Ain kepada anaknya itu: “Soraya semoga menjadi anak yang baik. Semoga dapat ceriakan hari-hari mummy dan daddy. Mummy tak kisah nak buat tiktok together, mummy on saja.

Jom layan wajah anak Ain Edruce bawah ini.

Semoga Ain Edruce dan Amirul bahagia bersama anak sulungnya itu. Semoga Soraya membesar dengan baik dan sihat.