“Kucing lalu, saya lompat atas meja” Faezah Elai nampak kucing macam harimau

905 views

Lumrah manusia mahukan peneman. Antara peneman yang mampu buat hati manusia tersenyum ialah haiwan peliharaan. Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling popular di Malaysia.

Namun tak semua orang sukakan haiwan peliharaan termasuk kucing. Malah ada juga orang yang takut dengan kucing ni.

Pelakon Faezah Elai ada bercerita tentang kisahnya dengan kucing.

Katanya, dia memang bukan jenis yang suka kucing, malah memang agak takut dengan haiwan ini sejak kecil lagi.rasa takut dengan kucing.  

Sejak kecil lagi, jika tengah makan dan ada kucing lalu bawah meja, saya memang akan lompat atas meja, macam nampak harimau. Tak ada seorang pun ahli keluarga yang pencinta kucing, takut.”

Faezah Elai kemudian membuka cerita bagaimana seekora kucing merubah segalanya.

Ini kisah kucing bernama Leo. 5 bulan lepas, ada dengar suara kucing kat depan rumah, rupanya dia masuk kat bahagian engine kereta.

Tak tau macam mana boleh masuk, sudah nak keluar, dan akhirnya kena panggil pomen, sampai buka kereta nak amik kucing ni.

Akhirnya kami ambil keputusan nak adopt dia ni. Anak-anaklah yang jaga dia, bawa pergi vaksin semua. Saya tengok dari jauh je.

Walaupun anak-anak dah bela, Faezah Elai kata dia masih lagi takut dengan kucing dan sampai sekarang tak pegang Leo.

Si Leo ni suka ikut mana saya pergi. Saya akan jerit dengan kuat, contoh tengah tengok tv tiba-tiba pusing-pusing ada Leo ada kat sebelah.

Kalau jerit tu, Leo tengok je, mesti dia kata kenapa dengan perempuan ni. Leo buat muka tak ada perasaan.

Sekarang ni dah biasa sikit, selagi Leo tak lompat atas saya, saya masih ok. Leo selalu teman saya kat dapur masa tengah masak, dia ikut je.

Tetapi, saya masih lagi takut nak pegang Leo. Pelik sungguh dia tak takut dengan saya. Rasanya kalau jerit kat kucing dia akan lari. Leo ni tengok je. Sekarang ni dialah peneman mas tengah masak. Lepas ni suruh dia belajar basuh pinggan.

Itulah pengalaman Faezah Elai dengan kucingnya.